Selebriti serba boleh, Elly Mazlein, 40, tidak meletakkan sebarang perancangan keluarga.
Bahagia dengan suami, Mohammad Azlan Che Noh, 30, yang dinikahinya pada 18 Januari lalu, Elly bersedia untuk menerima cahaya mata pada bila-bila masa.
“Saya tak rancang apa-apa dalam keluarga. Soal anak, ada rezeki, syukur Alhamdulillah.
“Kalau tak ada, kita usaha sampai dapat, Insya-Allah, doa-doakan ya,” kata Elly kepada Gempak.
Dalam pada itu, Elly tak sabar mahu memasuki set penggambaran drama bersiri Kampung People musim kedua.
“Drama bersiri ini banyak menerima respon positif. Saya sangat gembira. Sudah tentu saya tak sabar untuk beraksi semula dalam naskhah berkenaan.
“Ketika saya letakkan teaser di laman Instagram, rata-rata peminat juga teruja dan tertunggu-tunggu sambungan karya terbabit,” katanya lagi.
Selain Elly, Kampung People turut dijayakan oleh Rashidi Ishak, Hun Haqeem, Riena Diana dan ramai lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Ditanya Soal Zuriat, Ini Reaksi Mengejuutkan Dari Elly Mazlein"