Terpaksa Cuci Telekung Wakaf, Keadaan Mak Jah Buat Ramai Seb4k

PELAKON veteran Mak Jah, 72, rindu untuk melakukan kerja amal yang sering dilakukan iaitu mencuci telekung wakaf di surau yang terletak di pusat beli-belah dan kawasan rehat dan raw4t (R&R), berdekatan kediamannya.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan mulai 18 Mac hingga 9 Jun lalu, dia tidak dapat melakukan kerja-kerja terbabit apabila terpaksa duduk di rumah.

Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad ketika dihubungi berkata, dia juga berbesar hati apabila kerajaan memberi kelonggaran dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai semalam hingga 31 Ogos ini.

Bebas Dari Penyakit Kanser, Pelakon Veteran Mak Jah Buat Kerja ...

Bagaimanapun, m4lang buat Mak Jah apabila dia pula ketika ini tidak sihat dan tidak boleh banyak berjalan.

“Sekarang saya cepat s4kit punggung apabila banyak berjalan. Jadi, anak-anak tak benarkan saya memandu kereta untuk ke mana- mana lagi. Saya diminta berehat sepenuhnya di rumah, tapi saya minta juga mereka bawa balik telekung yang tidak elok, kotor dan koyak supaya boleh dicuci di rumah.

Saya Tak Kisah Bawa Watak Orang Gaji atau Hantu Asalkan.." —Mak ...

“Saya nak basuh, keringkan, gosok dan lipat. Mana telekung yang koyak pula, saya nak jahit dahulu dan baikinya supaya boleh diguna semula. Kemudian, saya minta anak-anak tolong hantarkan telekung berkenaan di masjid atau surau berdekatan,” katanya.

Mak Jah berkata, dia sudah melakukan kerja amal mencuci telukung wakaf itu sejak beberapa tahun lalu sebagai usaha mengumpul pahala untuk bekalan akhiratnya.

Menurutnya, matlamat utamanya sekarang ialah mengumpul bekalan untuk dibawa ke akhirat nanti.

Bebas Dari Penyakit Kanser, Pelakon Veteran Mak Jah Buat Kerja ...

Katanya, ketika usia muda, dia pernah lalai kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Sebelum ini, Mak Jah mend3dahkan dia gagal menebus barang kemas digadainya untuk menampung kos r4watank4nser rahim tahap satu yang dihidapinya tiga tahun lalu.

Bersyukur keadaannya semakin baik, Mak Jah berkata dia kini sangat menjaga kesihatan serta memastikan mengikuti r4watanpemeriksaan berkala di h0spital dan klinik kesihatan.

Selama aktif dalam lakonan sejak 1990-an lalu, Mak Jah yang menetap di Ampang, Selangor, sudah membintangi lebih 100 drama dan puluhan filem.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Hm Online

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Terpaksa Cuci Telekung Wakaf, Keadaan Mak Jah Buat Ramai Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*