Nourul Wahab Ditengklng Anggota Keselamatan KLIA, Ini Respons Mengeejutkan Dari Malaysia Airports

SUSULAN laporan kelakuan biadab petugas Keselamatan Penerbangan (AVSEC) terhadap penyanyi, Nourul Wahab, Malaysia Airports telah mengambil tindakan tatatertib ke atas petugas berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

For me, for you. For our MALAYSIA 🇲🇾 untuk orang kita yang seawalnya kenal akan KESOPANAN & KESUSILAAN . Ingat tu. Malaysia ini hebat kerana kesopanan dan kehebatan kita yang humble tapi proud of our country . Right attitude will make people respect and LOVE you more . SPREAD LOVE 💓. . #ralat #malaysiaisbetterthanthat . Thank you @malaysiaairports for taking an action and please make sure everyone attend the kesopanan training (i dont know what you call it) again and again to remind them how important to be NICE to ALL. Not only to certain people. But ALL. . Thank you again. 🙏🏻 . P/s : typo : once or twice not one 🙏🏻

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Wakil pengendali lapangan terbang itu berkata, pihaknya tidak akan membiarkan sikap seperti itu dalam kalangan kakitangan mereka.

“Malaysia Airports tidak akan membiarkan begitu sahaja sikap bi4dab mana-mana kakitangannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Nourul berkongsi pengalaman burvk tentang layanan pertugas di KLIA pada Sabtu lalu.

Malaysia Airports berkata pihaknya telah menjalankan siasatan segera setelah menerima maklumat kejadian itu, selain turut mengesahkan kejadian berkenaan adalah seperti yang dilaporkan.

Syarikat itu turut memohon maaf kepada Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab dan keluarganya atas kejadian yang dikesali itu.

Pihak berkenaan juga mengingatkan penumpang untuk merujuk di laman webnya untuk pertanyaan yang sering diajukan (FAQ) berhubung kebiasaan baharu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pada Sabtu, Nourul memuat naik video di laman sosialnya meluahkan kekesalan terhadap sikap seorang petugas AVSEC di KLIA, yang didakwa bercakap kasar dan bersikap kurang ajar dengannya ketika penyanyi itu bersama suaminya ke lapangan terbang berkenaan untuk menghantar ibu dan bapa mentuanya pulang ke Perancis. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:- BERNAMA VIA MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Nourul Wahab Ditengklng Anggota Keselamatan KLIA, Ini Respons Mengeejutkan Dari Malaysia Airports"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*