‘Tak buat benda jah4t pun’ Harris buka rahsia

PENGACARA dan pelakon, Harris Alif enggan terlalu berahsia mengenai hubungan cintanya dengan aktres, Intan Ladyna.

Harris berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana percaya lambat atau cepat kemesraan cinta mereka akan dihidu peminat.

“Saya bukan bersikap terlalu terbuka sebaliknya tiada apa yang perlu saya rahsiakan ketika ini kerana ramai sudah mengetahui kisah cinta saya bersama Intan.

“Bagi saya, tidak menjadi satu masalah kalau saya mengambil pendekatan ini kerana apa yang kami kongsikan bukan perkara jah4t pun.

“Saya tidak dedahkan semua perkara mengenai hubungan saya di sosial media. Masih ada privasi dan cerita yang kami simpan berdua,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

happy birthday my lucky charm 🙂

A post shared by @ harrisalif on

Menurut Harris, dia jarang bertemu Intan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuat kuasakan.

“Kami tidak kerap berjumpa atau menghabiskan masa bersama. Baru-baru ini, kami ada keluar berjumpa, itu pun bersama kawan-kawan.

“Lagi pula sejak PKPP ini aktiviti seni kami sudah kembali bermula. Jadi masing-masing ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2nd raya wit 🤍

A post shared by @ harrisalif on

Sebelum ini, kisah cinta Harris yang juga juara pertandingan Idola Kecil musim ketiga hangat diperkatakan apabila berkongsi gambar bersama Intan di laman Instagram pada 6 Mei lalu. Seterusnya, pada Syawal kedua, pasangan berkenaan memuat naik gambar mengenakan baju rona sedondon.

Harris sekali lagi memuat naik gambar berdua ketika meraikan ulang tahun Intan ke-38 pada malam 2 Jun lalu.

Pada majlis ulang tahun Intan, Harris meraikan kekasihnya dalam majlis makan malam berdua. Dia turut menghadiahkan Intan kucing baka British Short Hair (BSH).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

best part

A post shared by @ harrisalif on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Hmetro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Tak buat benda jah4t pun’ Harris buka rahsia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*