Selepas dicer4ikan Da’i Farhan, Dr Erin Mengalami Kegugvran

BEKAS isteri kepada pend4kwah bebas, Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi berkongsi berita sedih meng4lami kegvguran ketika kandungannya baru memasuki usia dua bulan.

Meskipun berdepan ujian berat itu, Noorainul atau lebih dikenali sebagai Dr Erin, 40, berkata dia reda dengan ketentuan tersebut dan berharap dapat bertemu zuriatnya itu di syurga kelak.

“Aku serahkan urusan rezekiku hanya kepada Allah penciptaku, kerana aku yakin Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki dan perancang.

“Moga Allah temukan mama dengan anak mama Ahmad Fahrezzi Faisel di syurga nanti, ” tulisnya di laman Instagram pada malam Khamis.

Dalam perkongsiannya itu, dia turut memuat naik sebahagian teks ucapan yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Dusuki mengenai menamakan bayi dalam kandungan yang sudah kegvguran.

Erin reda tiada rezeki menimang cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas suami, Da’i Farhan.

“Jika kita mengandung, anak itu gugvr walaupun kandungan baru seminggu atau sebulan beri nama kepada anak itu.

“Jika belum tahu dia lelaki atau perempuan maka berilah mereka nama lelaki kerana dia akan ada di akh1irat nanti.

“Dia tunggu untuk berkasih sayang dengan kita di syurga nanti. Jangan bersedi1h ketika kegugvran kerana anak itu sedang menunggu kita. Buatlah amal kebaikan di dunia dan semoga bertemu di syurga!, ” tulis pada teks berkenaan.

Pada 25 April lalu, Erin berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya berbadan dua.

Pasangan ini bernikah di Makkah pada November tahun lalu.

Bagaimanapun dua hari kemudiannya Erin mengesahkan bekas peserta program Da’i itu sudah melafazkan cer4i dan ikatan perkahwinan mereka sudah berakhir.

Pasangan ini berkahwin di Makkah pada November tahun lalu.

Perkahwinan Da’i Farhan atau nama sebenar Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, dengan janda anak lapan itu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

Nik Farhan mencer4ikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat meng4ndung anak kedua mereka dan percer4ian dengan tal4k satu itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatApps.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas dicer4ikan Da’i Farhan, Dr Erin Mengalami Kegugvran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*