“Dulu ramai kata dia akan kikis duit sampai aku tinggal spender!” – Mawi Dedah Perangai Sebenar Isteri

JIKA sebelum ini isteri penyanyi Mawi iaitu Ekin pernah dilabel sebagai ‘kaki kikis’ kerana mengahwini juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu, namun lain pula jadinya selepas 12 tahun pasangan ini mendirikan rumah tangga.

Kata Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 39, isterinya itu bukan suka meminta-minta sebaliknya pandai mencari wang sendiri dengan berniaga.

“Sump4h tak ada niat nak menunjuk-nunjuk pun gais. Cuma nak hargai pengorb4nan dia. Dah terlalu banyak dia berkorb4n untuk aku. Dia tak pernah pun nak paksa aku atau minta duit setiap bulan.

“Malah dia sendiri pandai cari duit. Dia tak mengharapkan aku sepenuhnya. Alhamdulillah… semoga perniagaan dia terus berjaya dan diberkati tuhan,” kata Mawi.

Mawi memuji isterinya itu menerusi posting di Instagram ketika berkongsi video kejutan sempena sambutan Hari Bapa pada Ahad.

Mawi kongsi rakaman isteri beri kejutan buatnya.

Berdasarkan video itu, Ekin menghadiahkan Mawi sebuah kamera jenama Canon lengkap dengan aksesori.

Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan terharu melihat kebahagian pasangan itu yang boleh dijadikan inspirasi untuk suami isteri yang lain.

Dalam pada itu penyampai radio Zayan FM ini secara berseloroh menyingkap kembali keperitan yang terpaksa dihadapi Ekin ketika mereka mula berkahwin.

Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata.

“Dulu ramai yang kata dia ni akan kikis duit aku sampai aku tinggal spender. Tapi berlaku sebaiknya… aku yang kikis duit dia. Terima kasih sayang,” ujarnya.

Sebelum ini, Ekin mendedahkan dia pernah difitn4h serta dilabel sebagai seorang ‘kaki kikis’ serta ‘kaki bom0h’ oleh netizen selepas mengahwini Mawi yang pernah menerima jolokan ‘jutawan segera’.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 8 tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dulu ramai kata dia akan kikis duit sampai aku tinggal spender!” – Mawi Dedah Perangai Sebenar Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*