Gempar Puluhan Kakitangan Pos Dimasukkan Ke Hospital Gara-gara Terhidu Bau Yang Mencurigakan.

gambar sekadar hiasan

Dua belas pekerja pos di Jerman mendapatkan raw4tan di hospital dan berpuluh-puluh lagi dibawa keluar dari pejabat pos di bandar Bavarian, Schweinfurt, lapor media hari ini.

Bagaimanapun ia tiada kaitan dengan sebarang kejadian ganas atau kecemasan, sebaliknya berpunca daripada bau durian dari sebuah bungkusan yang berada di premis berkenaan.

Mereka dikatakan menerima raw4tan perubatan kerana l0ya atau m4buk setelah menghidu aroma bau yang kuat daripada bungkusan berisi buah durian dalam kejadian kelmarin.

Difahamkan, pegawai polis, pasukan bomba dan pasukan perubatan kemudian di panggil ke pejabat pos berkenaan untuk memeriksa bungkusan itu.

“Oleh kerana kandungan bungkusan itu tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisik0 tinggi,” kata kenyataan polis Schweinfurt seperti dipetik portal berita antarabangsa CNN.

Pihak berkuasa kemudian mengarahkan bangunan tersebut dikosongkan. Seramai 60 pekerja juga dipindahkan sebelum bungkusan tersebut diperiksa dengan lebih teliti.

Kekecohan berlaku apabila seorang daripada kakitangan pejabat pos itu cvriga kerana terhiduu bau yang amat asing buatnya.

Setelah sias4tan dibuat, ternyata bungkusan tersebut mengandungi empat buah durian dari Thailand. Ia milik seorang penduduk Schweinfurt – berusia 50 tahun – yang mahu mengirim ‘raja buah’ itu kepada rakannya di Nuremberg.

Polis juga berkata, 12 pekerja yang mendapatkan rawatan di hospital itu mengadu l0ya. Enam yang lain pula dibawa ke hospital tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Tahun lalu, perpustakaan di Universiti Canberra terp4ksa dikosongkan kerana did4kwa keboc0ran gas dan hasil carian kemudiannya mendapati bahawa bau itu datang dari buah durian.

Untuk rekod sebelum ini program realiti Fear Factor pernah menampilkan durian sebagai salah satu makanan yang mesti ditelan oleh peserta.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BH/Malaysiakini

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Gempar Puluhan Kakitangan Pos Dimasukkan Ke Hospital Gara-gara Terhidu Bau Yang Mencurigakan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*