Berbulan Tiada ‘Job’, Sufian Suhaimi Akui Pendapatan Terjejas

Umum mengetahui ramai yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tiga bulan lalu. Malah, ramai penggiat seni juga turut terkesan kerana segala aktiviti hiburan terpaksa dihentikan.

Penyanyi Sufian Suhaimi juga mengakui pendapatannya turut terjejas ak1bat COV1D-19. Bagaimanapun, Sufian menggunakan tempoh tersebut sebaiknya dengan memberi tumpuan dengan bidang perniagaan diceburinya iaitu menjual bantal zikir yang dilancarkan Januari lalu.

“Kita kena cari jalan bagaimana untuk bertahan. Harus seimbang dan realistik sama ada nak buat sesuatu yang betul-betul minat atau macam mana kita nak bertahan dalam waktu yang mencabar ini.

“Alhamdulillah, saya rasa bertuah kerana telah lancarkan perniagaan pada awal tahun. Jadi waktu macam ni saya boleh gunakan untuk fokus kepada bisnes itu,” katanya kepada mStar Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Patung dekat belakang tu buat apa? . @babypian.hq

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

Dalam pada itu, Sufian memberitahu sepanjang tiga bulan terkurung dalam tempoh PKP tidak membuatkan dia berasa tertekan kerana dia bukan seorang yang suka bersosial dan lebih suka menghabiskan masa di rumah.

“Kebetulan saya memang suka duduk rumah. Kalau bukan PKP pun, saya tak suka tempat yang ramai orang. Tempat karaoke atau kedai mamak pun saya tak pergi.

” Masa PKP itu, saya rasa seperti satu dunia bersama saya. Semua orang duduk rumah tapi sudah rasa bosan tapi saya dah bersedia lama untuk perkara ini,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Rotikaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Berbulan Tiada ‘Job’, Sufian Suhaimi Akui Pendapatan Terjejas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*