“Saya Tertekan..” – Ning Baizura

PETALING JAYA: Penyanyi Ning Baizura mendedahkan pernah mengalami tek4nan ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penul4ran COVI1D-19, Mac lalu.

Ning tertekan kerana terlalu bimbang memikirkan masa depan sebagai penyanyi.

“Dua minggu selepas PKP dikuatkuasakan, saya tertekan. Tawaran menyanyi ada tapi banyak yang terpaksa dibatalkan. Ketika itu, terfikir bagaimana masa depan saya sebagai penyanyi sedangkan inilah punca rezeki.

“Namun, bukan saya seorang berperasaan begitu malah kawan-kawan lain.

“Ada yang meluahkan perasaan dan mengadu situasi mereka. Saya bersyukur kerana biarpun dalam kepayahan, saya berjaya melalui situasi sukar itu,” katanya kepada BH Online.

Dalam mengharungi cabaran getir itu, Ning atau nama penuhnya, Ning Baizura Hamzah mengakui keluarga adalah sumber inspirasi untuk dirinya cekal dan tabah.

“Mujur saya dikelilingi keluarga yang sangat memahami. Dalam menghadapi situasi itu, bagi kami, komunikasi itu penting.

“Kami cuba hindari perasaan sedih dan atur perancangan supaya kehidupan jadi lebih baik,” katanya.

Sebagai persediaan masa depan, Ning berkata, sepanjang PKP, dia menambah pengetahuan dengan mempelajari selok membina perniagaan atas talian.

“Mahu atau tidak, kita kena akur situasi hari ini yang tidak sama dengan sebelumnya. Justeru, saya mengambil beberapa kursus perniagaan melalui pelantar digital.

“Rasa seronok apabila kita dapat belajar perkara baharu. Ini membuka mata kita melihat sesuatu daripada perspektif berbeza,” katanya.

“Sekarang, doktor pun sudah jadi petani. Jadi kita kena berani menghadapi normal baharu,” kata Ning ketika ditemui selepas sesi rakaman single baharu untuk projek khas di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Ning berkongsi usaha suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton yang sanggup mengayuh basikal selama 24 jam di rumah demi mengutip dana membantu insan kurang berkemampuan.

Hasil usaha Omar yang aktif bersukan itu ternyata berbaloi apabila berjaya mengumpul dana sebanyak RM16,000.

“Projek amal ini dilakukan suami dan kawan-kawannya yang lain, April lalu. Kayuhan itu bermula pada jam 7 pagi dan berakhir pada jam 7 pagi keesokan harinya.

“Sebagai isteri, saya sangat kagum melihat semangat juangnya untuk mengayuh basikal selama 24 jam di rumah… Berhenti pun hanya dua kali.

“Selain memberi sokongan moral, saya pastikan makanan dan minuman sentiasa tersedia di sebelahnya. Malah, saya juga tak tidur kerana mahu menemaninya.

“Alhamdulillah, berkat kesungguhannya, dia berjaya mengumpulkan dana RM16,000.

“Dana itu diagih-agihkan kepada rumah kebajikan terpilih dan mereka yang memerlukan,” kata ibu kepada Ryan Sky Dalton ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Tertekan..” – Ning Baizura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*