Bella Astillah Beli MPV Mewah Baru Demi..

Pelakon Bella Astillah berkongsi berita gembira apabila hasratnya untuk memiliki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai satu keperluan buat keluarganya tercapai.

Menurut Bella, dia mahu memiliki kenderaan baharu demi memastikan keselesaan ahli keluarganya yang kini sudah semakin membesar.

“Sejak saya meng4ndung baby Ara hari itu, saya terfikir lepas ni berempat dah bermakna semakin besar keluarga kecil sata. Saya buat keputusan untuk memiliki sebuah kereta baru untuk keselesaan anak-anak.

“Lagi-lagi saya kalau pergi mana-mana suka bawa keluarga sampaikan bekas kawan baik saya cakap yang saya ini suka angkut keluarga atau satu kampung sana sini,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Bella turut berkongsi gambar dirinya bersama kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih yang sudah dimilikinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam Jumaat 🤗 since kita pregnant baby Ara haritu kita terfikir lepas ni berempat dah bermakna semakin besar keluarga kecil bella. And decided to get a new car untuk keselesaan anak2. Lagi2 bella kalau pergi mana2 suka bawa family sampaikan my ex best friend cakap yang bella ni suka angkut keluarga/ satu kampung sana sini. Bila dgr tu tak rasa marah pun but I’m proud because I still care for my parents and adik2 walaupun sudah berumahtangga. Dan memang dari dulu mmg macam tu sbb kita ni anak sulung dan sampai bila2 pun akan kekal mcm tu InshaAllah. Terima kasih hubby, mama and Ayah yang selalu doakan kita dan bg semangat 🙏🏻❤️ Alhamdulillah rezeki my babies 🥰 . . Dan TERIMA KASIH Banyak2 @anwarshah06 sbb memudahkan urusan Bella dengan cepat sgt😅 this guy beside me tak pernah menyusahkan bella langsung atau call2 minta itu ini NEVER (Dia cuma tanya pasal nak plat number apa je🤣) Alhamdulillah🤲🏻 Bella rasa paling senang lah beli Kereta dgn Anwar! Once again thank you so much!

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Menurut Bella lagi, dia akui apa yang dilakukannya itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab yang digalasnya sebagai anak sulung.

“Bila dengar (suka angkut keluarga) tu tak rasa mar4h pun tetapi saya bangga kearan saya masih ambil berat ibu bapa saya dan adik-adik walaupun sudah berumah tangga.

“Memang dari dulu memang macam tu sebab saya ni anak sulung dan sampai bila-bila pun akan kekal macam tu, Insya-Allah.

“Terima kasih suami, mama dan ayah yang selalu doakan saya dan bagi semangat. Alahmdulillah, rezeki anak-anak saya,” kongsinya.

Di ruangan komen, rata-rata bangga dengan niat murni Bella yang sentias mahukan yang terbaik buat keluarganya.

“Betul tu anak sulung memang tanggungjawab banyak dan besar walau dah ada keluarga sendiri pun dia tetap nak bawa selalu utama bagi sama rata dengan ibu bapa dan adik-adik,

“Alhamdulillah, niat baik, Allah permudahkan urusanmu.

“Tahniah Bella, Bangga dengan awak, tak bergantung hidup dengan orang,” tulis sebahagian netizen.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bella Astillah Beli MPV Mewah Baru Demi.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*