[VIDEO] Balu Abam pend4m masalah

SELEPAS lima bulan pemerg1ian Allahy4rham pelawak Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey, balu arw4h iaitu Nor Hidayah Mohd Ali giat menjalankan perniagaan cucur cempedak di Pekan Sabak Bernam, Selangor.

Sebagai ibu tunggal, Nor Hidayah sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah yang kini berusia setahun dua bulan.

Mengimbau kenangan bersama arwh, Nor Hidayah berkata Abam disayangi ramai sepanjang hidupnya kerana sifatnya yang sering memberi bantuan kepada orang sekeliling yang memerlukan.

VIDEO PENUH :

Sudah lama rasanya tak dengar cerita mengenai isteri Allahy4rham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah. Difahamkan, Hidayah kini sibuk berniaga kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng di Sabak Bernam, Selangor.

Akui sangat suka berniaga, menurut Hidayah dia memulakan perniagaan kecil-kecilan itu bersama adik iparnya beberapa minggu lalu memandangkan anak tunggalnya iaitu Syed Uthman Hamzah kini sudah pun berusia setahun.

“Saya memang suka berniaga. Sejak Hamzah dah besar ni, saya mula berniaga kecil-kecilan dari membuat kuih dan bakal ada pembaharuan di masa akan datang.

“Perniagaan cempedak goreng ini bermula sejak awal bulan tujuh. Saya sendiri turun padang berniaga bersama adik ipar saya. Biasanya kedai buka pada pukul 11 pagi sehingga 6 petang tapi bergantung pada keadaan juga,” katanya kepada Astro Gempak.

Sambutan diterima menggalakkan, Hidayah meluahkan rasa syukur apabila tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan sehingga tidak menang tangan. Malah, jualan cempedak gorengnya itu sering cepat habis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

S E D E K A H Rezeki datang macam-macam bentuk. Kadang-kadang kita ambil tak kisah pun walau rezeki tu sekadar berharga RM5. Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah SWT. Dia beri kepada siapa yang dia suka,. Yang paling penting, “Mengejar rezeki jangan Mengejar jumlahnya tapi kerjarlah berkahnya” Terima kasih semua support & beli Cempedak goreng & produk2 keluaran dayah.. Al-fatihah dibaca buat arwah suamiku Syed Umar Mokthar.. #paidreviewhidayahabam #cempedakgorenghidayahabam #titiankasihcocohidayahabam #kasihchocolatehidayahabam #tepungrotijalachocolate #biarorangbuatkitajangankitabuatorang #kitabaikramaisayang #allahsentiasabersamakita #rindudalamdoa #kerjakerasdemianak #kitabaikramaisyg #mysmallbiznes #alfatihaharwahabam

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

“Saya jual dengan harga RM2 untuk 4 biji. Alhamdulillah, cempedak goreng saya dapat sambutan sampai tak menang tangan untuk melayan.

“Baru menggoreng ja terus habis dibeli orang. Syukur, alhamdulillah setiap hari jualan habis sebelum waktunya,” katanya lagi.

Pada 10 Februari lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, dipercayai akibat demam pan4s.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar, Rotikaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Balu Abam pend4m masalah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*