[VIDEO] ‘Tak Nak Suami Macam Khuzairi, Nak Macam Helmi’ – Netiizen

Sejak drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini ditayangkan di saluran TV3, ramai penonton seakan-akan tidak sabar menanti peng4khiran drama ini. Bukan setakat itu sahaja, setiap kali apabila berakhirnya sesuatu episod, pasti mereka akan ‘berem0si’ sampai ada yang meluahkan rasa geram di media sosial masing-masing. Hebat juga penangan drama ini!

Terbaru, netiizen telah memuji karakter Helmi kerana dia telah menggunakan pendekatan dengan bercakap jujur dan ‘slow talk’ bersama ibunya, Mak Leha.

Menerusi video sedutan episod 27 yang dimuatnaik Nadiana Natasha memaparkan, Helmi iaitu adik Khuzairi sedang meluahkan perasaan yang dipend4mnya selama ini kepada Mak Leha.

Walaupun Helmi sudah berkahwin dengan Sofie, tetapi Mak Leha masih berd3gil mahu ‘memperkenalkan’ anak lelakinya itu bersama Rafidah.

Mak Leha beranggapan bahawa Helmi seakan tidak bahagia hidup dengan Sofie kerana sehingga sekarang mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Mengetahui situasi itu, Helmi kemudian berbincang dengan Mak Leha dan memberitahu perasaannya terhadap isteri, Sofie sangat mendalam dan dia kini hidup bahagia walaupun tidak dikurniakan rezeki lagi untuk memiliki zur1iat.

‘Komunikasi itu penting’

‘Bersyukur apa ada, jaga hati org lain’

Wah, bukan main lagi!

‘TakNak Suami Mcm Khuzairi,nak mcm Helmi’

‘Bangga dengan Helmi’

Karakter yang dibawakan Helmi dalam episod 27 ini sememangnya berjaya menarik perhatian netizen. Mereka memvji keberanian Helmi berbincang dan menolak ‘pelawaan’ Mak Leha.

Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan mereka turut membandingkan sikap Helmi dan abangnya, Khuzairi. Ada juga yang tidak berpuas hati kerana Khuzairi tidak berani seperti Helmi yang telah ‘melawan’ permintaan Mak Leha.

Menurut mereka, komunikasi adalah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Sumber: Nadiana Natasha

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Ohbulan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Tak Nak Suami Macam Khuzairi, Nak Macam Helmi’ – Netiizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*