Heb0h di media sosial apabila seorang individu membuat dkwaan terdapat kegiatan premis perjvdian serta penjualan rkok selvdup di kawasan Sungai Buloh.
Menggunakan akaun Facebook Hot Burger Malaysia, individu terbabit memuatnaik video mendkwa tiada tindakan sepatutnya daripada pihak berkuasa bagi menangani isu tersebut.
Menurutnya setiap kali dia membuat laporan kepada pihak berkuasa, kedai mesin juudi itu hanya akan ditutup sekejap. Namun selepas dua hari ia dibuka semula.
Dalam video terbabit beliau juga mendkwa berlaku ketidakadilan selepas barangan perniagaan burgernya disi1ta oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
MBSA bersuara
Terkini, pihak MBSA menjelaskan tindakan menyita barangan perniagaan peniaga burger di Sungai Buloh dilakukan selepas tegvran dan nasihat tidak diendahkan.
Timbalan Datuk Bandar, Mohd Rashidi Ruslan berkata, dalam tempoh dua bulan, MBSA sudah dua kali melakukan tindakan s1itaan terhadap peniaga yang sama selepas tegvran dan nasihat tidak di ambil peduli.
” Untuk makluman tindakan penyitaan itu diambil berikutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan selepas selesai melakukan aktiviti perniagaan sehingga menyebabkan masalah lalu lintas dan juga keselamatan pengguna jalan raya.
” Sebelum ini, pihak MBSA sudah memberikan tegvran dan nasihat kepada peniaga agar tidak meninggalkan peralatan selepas selesai melakukan perniagaan namun tegvran itu tidak diendahkan,” katanya.
Beliau berkata, sedemikian ketika mengulas video yang ditul4rkan berkaitan tindakan penyi1taan terhadap barangan perniagaan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa dari Pejabat Cawangan MBSA Sungai Buloh.
Beliau berkata, peniaga itu juga didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu berniaga di luar waktu operasi perniagaan yang ditetapkan (melebihi 12 tengah malam).
Katanya, dalam operasi yang sama, pihak MBSA juga turut melakukan tindakan penyitaan ke atas satu lagi premis yang meninggalkan barangan perniagaan serta sebuah premis yang menjual barangan minuman dan rkok.
” Tindakan s1itaan ini diambil mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (Meninggalkan Barang Perniagaan Ditempat Awam) & Peruntukkan 3 (Menjaja Tanpa Lesen) serta Peruntukkan 42 (Kuasa Si1taan),” katanya.
Mohd Rashidi berkata, berkaitan dengan dkwaan kewujudan premis perjud1an, pihak MBSA akan bekerjasama dan membantu pihak polis dalam menjalankan si4satan.
Katanya, tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya si4satan mendapati dkwaan itu benar.
Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mendkwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesaIahan menjual rkok selvdup.
Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendkwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada ‘tauke’ kedai mesin juudi.
Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih sejuta tontonan dan 22,000 perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti har4m berkenaan – transformasipw
Kena percaya kita lah kita kan jaga you all ini kata Ketua polis Sg Buloh kepada media
Ketua polis daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menggesa pihak media supaya mempercayai pihak polis dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan.
“Terima kasih sebab you all kerana percaya pihak polis. Kalau tak percaya pihak polis I tak mahu panggil lagi dah. Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all”
Beliau berkata demikian ketika mengakhiri lawatan mengejut ke satu premis juvdi di sini.
Terdahulu, beliau men4fikan dakw4an pentadbir laman facebook Hot Burger Malaysia yang mengatakan tiada tindakan diambil terhadap premis jvdi berkenaan.
Boleh lihat di sini berapa lama benda ni mungkin mereka ini sudah tidak beroperasi sebenarnya. Pot0ng, dan ambil tindakan, pot0ng grill di belakang itu untuk kita masuk.
Serrbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.
Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa- apa kegiatan perjuvdian.”
Tambahnya serrbuan sebelum itu sudah dilakukan sebanyak 8 kali sejak bulan may hingga bulan ogos.
“Kalau tak salah saya, dalam tempoh bulan itu sahaja, kita dah buat 8 serrbuan. Lepas itu kita akan pantau kalau ada maklumat kita akan pergi balik.
Selian itu, beliau juga berkata premis jvdi tersebut berulang kali membuka dan menutup premis.
“Yang ini (premis jvdi) dia berulang-ulang, buka tutup, buka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serrbuan dia tutup. Lepas tu dia akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar”
Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat memberi maklumat dan berjumpa dengan beliau.
“Masyarakat bagi maklumat, jumpa dengan saya sebab saya bersikap keterbukaan, dan saya bercakap tegas tentang perkara ini”
Lawatan mengejut tengah hari tadi dilakukan susulan tularnya satu video oleh pentadbir laman Hot Burger Malaysia yang mendakwa premis jvdi dan rkok selvdup tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Ia disiarkan secara langsung di laman facebook Bernama TV.
Pada perkembangan yang sama. laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’ , Pengasas dan Pengarah Eksekutif Founder Hot Burger Malaysia
Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar sebagai berkata , laporan dibuat seorang pegawai polis kerana mendakwa video itu adalah satu f1tnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.
“Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan f1tnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,”
Penduduk setempat tampil pertahankan peniaga burger
Seorang penduduk setempat tampil mempertahankan pemilik Hot Burger Malaysia yang membangkitkan isu kegiatan perjvdian di beberapa unit kedai dan penjualan r0kok selvdup di Bandar Baru Sungai Buloh, semalam.
Menurut Azlan Zambry, apa yang dinyatakan dalam video tersebut benar-benar berlaku malah kedai rok0k seluudup milik warga Acheh itu dipercayai telah beroperasi di lokasi tersebut lebih 30 tahun.
“Apa yang berlaku dan dinyatakan adalah perkara benar. Sebagai contoh, kedai rkok Acheh yang dipaparkan di dalam video itu beroperasi lebih 30 tahun. Tidak pernah berusik!,” katanya menerusi Facebook.
Azlan menambah, dia hanya mahu menyatakan kebenaran dan tidak berniat untuk mengganggu si4satan polis.
“Saya tidak berniat mengganggu si4satan polis, tetapi ia perkara benar yang tidak perlu disangkal selain isu kedai jvdi yang wujud.
“Malah saya pernah menyaksikan insiden romp4kan dan tet4kan yang berkaitan dengan kedai jvdi tersebut,” ujarnya.
“SAYA adalah penduduk asal di situ dan masyarakat sekitar juga tahu mengenai kewujudan premis juddi itu. Namun, itu adalah hak polis untuk menafikannya,” kata pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42.
Dia berkata demikian selepas pihak polis membuat laporan polis menafikan kewujudan beberapa premis juddi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang didedahkannya menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia sehingga tular sejak semalam.
Dia turut mendakwa wujud beberapa premis juddi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rok0k selvdup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.
“Saya akan memberikan kerjasama kepada polis dengan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyediakan khidmat guaman kepada saya untuk kes ini.
“Malah, saya juga sudah berhubung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghubungi saya semalam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya.
Menurutnya, dia terpaksa mendedahkan kegiatan yang berlaku di kawasan itu kerana tiada pilihan lain dan sudah kehabisan cara untuk memperjuangkan perkara berkenaan.
Mohd Asri berkata, tindakannya membuat siaran langsung itu kerana kecewa dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dilihat ‘pilih bulu’ dengan peniaga di kawasan terbabit.
“Sudah lebih 20 tahun saya berniaga burger di tepi jalan dan banyak kali tindakan saman dan sita dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap gerai kami, namun saya tidak pernah marah atau menyimpan dendam kerana perkara itu.
“Tetapi apa yang mengecewakan saya adalah tindakan MBSA yang hanya menyita dua gerai burger termasuk milik saya di lokasi itu semalam, walaupun kami tidak berniaga sedangkan ada ramai lagi peniaga di kawasan berkenaan tidak dikenakan tindakan sama.
“Peniaga Aceh yang membuka khemah di tepi jalan dan menjual r0kok selvdup serta beberapa premis juddi pula masih boleh berniaga seperti biasa tetapi hanya gerai burger kami yang diambil tindakan,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Mengulas mengenai maklum balas MBSA berhubung pendedahan itu, Mohd Asri berkata, dia tidak pernah ada sebarang konflik dengan PBT terbabit berkaitan gerainya.
“Saya sering terima saman mahupun berdepan tindakan sita dan terus membayar saman dikenakan tetapi terlalu jelas kami ‘dianaktirikan’ oleh MBSA apabila tindakan berkenaan hanya diambil terhadap dua gerai burger.
“Jika benar mereka (PBT) mahu membantu kami, permudahkan urusan peniaga kecil-kecilan ini untuk mendapatkan lesen perniagaan secara sah. Kami tidak berbuat jenayah tetapi hanya sekadar mahu mencari makan bagi menampung keluarga,” katanya.
Dia berkata, sebelum ini, dia ada memohon dengan PBT untuk mendapatkan lesen berniaga di kawasan itu, namun ditolak atas pelbagai alasan menyebabkan gerai miliknya di lokasi berkenaan sudah disita dua kali.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya akan memberikan bantuan dari segi kaunseling serta perlindungan kepada Mohd Asri yang terdedah dengan ancaman daripada pihak tertentu.
“Apabila perkara sebegini didedahkan, pastinya ada ancaman kepada individu yang mendedahkan terutamanya membabitkan kegiatan jenayah seperti pusat juddi.
“Ini bukannya masa untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak, namun kami berharap pihak berkuasa akan bertindak segera membuat si4satan supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan,” katanya
FITN4H dan R0sakkan Imej Polis… ISU “Premis Juddi dan R0kok Selvdup”
Dakwaan wujud kegiatan perjuddian di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular dalam laman sosial Facebook petang semalam hanya tohmahan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis mengenai kewujudan premis juddi dan penjualan r0kok selludup oleh warga asing dari Aceh, di kawasan berkenaan.
Menurut Shafa’aton, tindakan pengadu itu memuat naik 2 video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitn4h dan merosakkan imej Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, PDRM serta Ketua Polis Selangor.
‘Bagus, ada orang berani, ikhlas…’ – KPN
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan mengambil tindakan segera bagi membanteras kegiatan perjuddian dalam talian, penjualan r0kok selvdup dan aktiviti perniagaan warga asing di Sungai Buloh.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan tegas pasti diambil terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jenayah itu.
“Bukit Aman sudah memulakan tindakan sebaik pendedahan mengenai kegiatan itu dibuat menerusi video oleh seorang peniaga, dipercayai penjual burger di kawasan Sungai Buloh.
“Bagus ada pihak yang berani dan ikhlas mendedahkan situasi sebenar di lapangan, dan kita bertindak segera ke atas semua kegiatan yang salah ini,” katanya.
Dua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia, semalam mendedahkan kegiatan premis mesin juddi dan aktiviti penjualan r0kok selvdup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.
Video pertama berdurasi 13 minit 28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, manakala satu lagi video berdurasi 8 minit 29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : bintangrusa
sumber: http://rentasasia.com/
Sumber : http://trendingsangat.pw/
Be the first to comment on "Akhirnya MBSA Buka Mulut Kenapa Mereka S1ta Pemilik Gerai Burger Yang Buat Rep0rt"