‘Boss Besar’ MBSA ditahan SPRM! Ini Kata2 Padu Asri Janggut

SURUHANJAYA Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM) menahan Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantu siasatan berhubung kes melindungi premis perniagaan har4m dan pusat perjvdian.

Penahanan ke atas Pengarah MBSA berusia 59 tahun ini dilakukan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi tadi.

Beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman di bawah Sekksyen 117 Kanun Acara Jen4yah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Ahmad Khusairi Yahaya yang dihubungi mengesahkan tangkapan ini tetapi enggan mengulas lanjut.

Semalam tiga penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Cawangan Sungai Buloh ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasu4h bagi melindungi premis perniagaan tidak berlesen termasuk pusat perjvdian di sekitar Sungai Buloh.

Semua yang ditahan berusia di antara 40 hingga 43 tahun.

Mereka ditah4n di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, kira-kira 2 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan.

Selasa lalu empat pegawai MBSA turut ditahan SPRM sebelum ditahan reman selama tujuh hari.

“Kemenangan Buat Rakyat”-Asri

PENAHANAN penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) oleh Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai kemenangan buat rakyat.4

Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau lebib dikenali sebagai Asri Janggut berkata, ada sesuatu yang baik menanti warga Sungai Buloh selepas pusat perjuvdian kini akhirnya ditutup.

“Ini adalah satu kemenangan untuk rakyat. InsyaAllah, Allah sedang menurunkan sesuatu yang baik untuk kita. Tunggu hikmahnya,” katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini.

Sementara itu, peguamnya, Ahmad Amzar Ahmad Azlan berkata, pembongkaran tempoh hari menyebabkan tangkapan terhadap penguat kuasa dibuat.

Katanya, ini bermakna apa yang dilakukan anak guamnya bukan sesuatu yang sia-sia kerana tanpa pembongkaran ini tidak pasti bila tindakan akan diambil.

“Ini baru di Sungai Buloh (penutupan premis jvudi susulan pembongkaran), belum lagi di tempat lain di Selangor dan negeri lain.

“Kita gesa lebih ramai lagi pemberi maklumat seperti Asri untuk tampil jika wujud salah guna kuasa, rasuah dan salah laku lain,” katanya.

Ahmad Amzar berkata, kesilapan dalam kenyataan membabitkan solat oleh anak guamnya adalah isu berbeza namun jika dilohat dalam gambaran yang lebih besar pendedahan ini membuktikan wujud salah laku dan guna kuasa dalam kalangan penguat kuasa.

Dalam rakaman secara langsung dilakukan minggu lalu, Asri mendedahkan masih wujud premis perjvdian aktif dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh yang masih beroperasi tanpa sebarang tindakan.

Kontroversi itu kemudian mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang turut turun padang ke lokasi untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai dakwaan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan tindakan tegas akan diambil jika didapati wujud salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan pegawai dan anggotanya yang melindungi aktiviti perjvdian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MB

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Boss Besar’ MBSA ditahan SPRM! Ini Kata2 Padu Asri Janggut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*