“Masa Tu, Aku Sangat Terdes4k Perlukan Suami…,”..- Ain Edruce

Tidak dinafikan, ada yang pernah mengunakan aplikasi sosial sebagai platform untuk mencari jodoh atau yang ingin menjalinkan sesebuah hubungan.

Baru-baru ini, pelakon Ain Edruce telah menyahut cabaran rakan pelakon, Shalma Ainaa untuk melakukan cabaran Tinder Challenge bersama suaminya, Amirul Hafiz.

Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun ini turut berkongsi pengalaman bahawa dirinya pernah mempunyai akaun Tinder sebelum mendirikan rumah tangga bersama suaminya.

Menurut Ain, dia telah mengunakan aplikasi berkenaan untuk mencari jodoh dan pasangan hidup.

“Aku ada Tinder sebelum aku kenal Amirul. Masa tu aku sangat terdes4k perlukan suami.

“Disebabkan kawan aku yang cerdik cadangkan aku cuba, jadi aku pun cubalah. Tapi ni cerita 3 tahun yang lepas lah,” akuinya.

Jelas Ain lagi, dia pada mulanya meletakkan foto utama yang kurang jelas bagi mengenalpasti kenalan yang jujur.

“Hari pertama guna Tinder, aku terus letak gambar aku yang tak nampak sangat muka aku.

“Sebab motif aku nak cari orang yang tanpa melihat wajah aku. Aku nak cari orang jujur dan ikhlas.

“Tapi lepas tu ada orang kongsi, jadi hari tu juga aku padam terus akaun Tinder tu.

“Aku ingat orang tak kenal tapi orang boleh jumpa juga tapi sempat juga swipe right, left dan banyak yang match,” katanya menerusi saluran Youtube Shalma Ainaa.

Menerusi ruangan komen, para peminat turut memberikan respon masing-masing.

Sekadar informasi, Ain telah mendirikan rumah tangga bersama Amirul pada 13 Disember lalu.

Video: YouTube Shalma Ainaa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Masa Tu, Aku Sangat Terdes4k Perlukan Suami…,”..- Ain Edruce"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*