“Sebab Nak Tunjuk Glamor Mewah..” – Kuza

Pelakon senior Kuza menasihati rakan artis agar tidak terlalu mementingkan gaya hidup mewah ketika nama sedang berada di puncak.

Menurut Kuza atau nama sebenarnya, Tengku Sariza Tengku Muzani, 47, sebagai artis mereka perlu sentiasa beringat akan nasib dan lumrah kehidupan sebagai anak seni yang ada pasang surutnya.

“Kita kena sentiasa beringat. Kalau kita ada job (tawaran kerja) pada hari ini, kena fikir kalau tiga bulan lagi akan ada job ke tidak.

“Janganlah kalau kita ada duit hari ini, kita terus berbelanja sebab nak tunjuk kita ini glamor dan mewah, tapi hakikatnya susah.

“Kalau kita ada RM1,000, tak akanlah kita nak belanja habiskan semua kan. Pada saya kita kena sentiasa beringat,” katanya kepada Astro Gempak.

Bahkan, Kuza sendiri mengakui ketika tenmpoh Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini, ramai rakan artis yang terkesan berikutan tiada tawaran lakonan termasuk dirinya.

Begitupun, katanya, sepanjang tempoh itu juga, dia giat melakukan aktiviti perniagaan kuih tart sebagai punca pendapatan sampingan.

“Berniaga kuih tart itu sebagai kerja sampingan sahaja. Lagipun saya tak nak buang masa, daripada duduk sahaja di rumah tak berlakon, lebih baik kita cari duit berniaga,” katanya.

Dalam pada itu, kata Kuza, dia mengakui penerimaan terhadap pelakon senior atau veteran di industri hiburan di negara kita jauh berbeza tidak seperti di negara luar.

“Sepatutnya lagi banyak pengalaman, lagi dihargai dan mempunyai nilai yang lebih. Tapi kita di sini, makin berusia seolah-olah makin dipandang sepi.

“Memang kecewa dan terkilan daripada segi bayaran. Harapnya satu hari mereka buka mata dan dapat ubah,” katanya yang kini bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, beberapa rakan artis menerima kec4man daripada masyarakat selepas mempersoalkan bantuan yang perlu diterima mereka ketika melalui saat sukar sepanjang negara dilanda wab4k Covi1d-19

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Sebab Nak Tunjuk Glamor Mewah..” – Kuza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*