SIAPA saja yang tak panik kalau nampak ular melintas di depan mata?
Lagi kelam kabut sekiranya seseorang sedang memandu. Silap-silap hari bulan, boleh terb4bas dibuatnya gara-gara terkejut melihat ‘tetamu yang tak diundang’ itu.
Begitulah situasi yang dialami penceramah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias.
Berkongsi detik-detik cemas itu menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Kazim berkata haiwan berkenaan muncul di hadapan cermin kenderaan yang dinaikinya.
“Ingatkan tali apa dok melenggok-lenggok depan cermin. Sekali dia dongak rupa-rupanya ular… adoi. Alhamdulillah sib (nasib) baik tak panik,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Ustaz Kazim berkongsi detik-detik cem4s kereta yang dinaikinya ‘ditumpang’ seekor ular di Facebook.
Enggan mengambil risiko yang mungkin membahayakan keselamatan, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan pasukan bomba bagi mengeluarkan reptilia berkenaan.
Bagaimanapun, usaha pencarian itu tidak berhasil menemukan haiwan berkenaan di dalam kenderaan yang dinaikinya.
“Terima kasih kepada abang-abang bomba yang datang membantu tadi. Masalahnya ular tu tak dijumpai. Nak sambung perjalanan pun naik gayat ni. Buatnya dia keluar kut (ikut) lubang air-cond ke, bawah kaki ke.
“Dah la jenis penakvt ke ular. Saki1t jantung ni. Apa pun terima kasih pasukan bomba dan penyelamat yang datang tadi,” tulisnya.
Bagaimanapun usaha pencarian oleh pasukan bomba gagal menemukan ular berkenaan.
Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berkongsi pengalaman berdepan dengan haiwan yang sama ketika berada di dalam kenderaan.
Bagaimanapun di sebalik komen yang mendoakan keselamatan perjalanan Ustaz Kazim, ada juga segelintir netizen yang mengaitkan situasi tersebut dengan unsur misti1k dan meminta penceramah terkenal itu berhati-hati.
“Assalamualaikum ustaz, hati-hati. Kadang ada yang menghantar supaya kita bawa kereta dalam keadaan berbah4ya. Semoga dijauhkan semua yang j4hat merupakan mainan ibl1s lakn4tullah,” komen seorang netizen.
Antara komen netizen terhadap perkongsian Ustaz Kazim.
“Bila baca posting ustaz ni teringat satu ceramah ustaz yang saya dengar tentang jelm4an j1n. Entah kenapa naluri saya ke arah itu. Baca je apa-apa yang patut ya ustaz. Mintak ia pergi,” komen yang lain pula.
“Semoga niat burvk dari orang yang sampaikan ke ustaz kembali kepadanya semula. Jika itu benar ular, jumpailah Ya Allah. Semoga dipermudahkan urusan ustaz,” komen seorang lagi netizen.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MSTAR
Be the first to comment on "Kereta Ustaz Kazim Didatangi ‘Tetamu yg tak diundang’ Netizen Kait Unsur M!stik"