“Dia Tak Pernah Paksa Saya” – Ain Edruce

Pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui berasa cukup bertuah apabila dikurniakan seorang suami yang cukup memahami dan banyak membantunya dalam urusan rumah tangga.

Bahkan, menurut Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29, antara perkara yang cukup bermakna buatnya apabila dianugerahkan seorang suami yang rajin ke dapur untuk memasak dalam menyediakan juadah harian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Love without limits ❤️ @amirul_hafizz

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

“Satu yang bagus mengenai Amirul ni, dia suka masak. Bahkan, jika saya balik kerja, dia akan tanya ‘sayang nak makan apa’ sebab dia nak pergi beli barang untuk masak.

“Kalau saya balik kerja penat-penat pun, dia tak pernah paksa saya untuk masakkan untuk dia, tak ada minta saya bangun pagi sediakan makanan,” katanya kepada Astro Gempak.

Bahkan, sejak mendirikan rumah tangga, menurut Ain, suaminya itu juga lebih banyak memasak berbanding dirinya.

“Sejak berkahwin, rasanya dia yang lagi banyak memasak berbanding saya. Jadi, saya tak boleh nak mervngut apa-apa walau dia seorang yang tak romantik. Lebih baik saya diam sebelum dipertikai sebab saya jarang masak.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ape beza @amirul_hafizz gamba 1 dan gamba 2 ? Cam sama je 🙄 @amirul_hafizz #ainxxamirul

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

, saya pun suka bila dia masakkan untuk saya. Bila dia masak, saya buat kerja lain seperti mencuci. Amirul ini adalah definisi lelaki yang suka ‘give and take’,” katanya yang bakal muncul sebagai pengacara program Immortal Songs.

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dia Tak Pernah Paksa Saya” – Ain Edruce"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*