Nabila tumpang populariti MK K-Clique?

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sekali lagi mencatat sejarah apabila video muzik single Peluang Kedua mencapai tontonan 1 juta dalam tempoh sehari dimuat naik di saluran YouTube.

Ia sekali gus mengulangi rekod video muzik single hitnya, Pematah Hati.

Mengucapkan syukur, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata, ia satu pencapaian yang bermakna dalam kerjaya seninya sebagai anak seni.

“Alhamdulillah, saya terharu kerana video muzik Peluang Kedua yang dimuat naik pada Selasa lalu mencapai 1 juta tontonan dalam tempoh singkat.

“Ia mengulangi kejayaan single Pematah Hati pada 2017. Mungkin ia perkara biasa bagi penyanyi lain, tetapi satu kejayaan besar buat saya,” kata pelakon Kebaya Kasut Kanvas itu.

Nabila berkata, awalnya tidak menyangka video muzik berkenaan akan pantas mencvri perhatian ramai.

“Sebenarnya, saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana lirik video yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Second chance that you’ll never get 🥀🥀🥀 📸 : @ohdawie

A post shared by Second Chance 🥀 (@nabila.razali) on

Lagu ciptaan komposer dan penyanyi, Hael Husaini dan MFMF itu turut menampilkan penyanyi rap, MK K-Clique sebagai hero dan rakan duet untuk single terbaharu itu.

Nabila turut tidak menolak sambutan hangat terhadap video muzik single berkenaan disebabkan MK yang menjadi kegi1laan ramai wanita.

“Sudah tentu kredit bukan pada saya seorang kerana percaya MK juga menjadi faktor untuk orang ramai menonton video muzik ini berulang kali.

“MK juga memberikan kerjasama dalam mempromosikan single Peluang Kedua sejak dimuat naik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada pasukan produksi Ghzmsn Studio dan pengarah, Lily Samsuddin yang bertanggungjawab memberi kualiti video terbaik.

“Orang kuat di balik tabir patut diberikan ucapan tahniah kerana kejayaan ini. Bayangkan, banyak dug4an yang dilalui ketika proses penggambaran terutamanya faktor cuaca yang ketika itu musim hujan dan sejuk di Cameron Highlands, ” ujarnya.

Single Peluang Kedua versi baharu itu boleh didapati di semua pelantar strim bermula hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dan andai terbuka hatimu… 🥀🥀🥀 Bella tgh shooting ni.. Tolong tengok jap MV Peluang Kedua tu dah berapa views kat youtube please ☺️

A post shared by Second Chance 🥀 (@nabila.razali) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Nabila tumpang populariti MK K-Clique?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*