“Nama Saya Besar, Jadi Hero Tapi Bila Bapa M4ti Saya Tak Boleh…”- Rosyam Nor

Pelakon Datuk Rosyam Nor berkongi kisah pemergi1an arwh bapanya yang memberikan pengajaran paling besar buat dirinya.

Rosyam menerusi menerusi program Rumah No 107 mendedah penyesalan yang terbuku dihati apabila tidak dapat mengaji untuk jen4zah arwh bapanya.

“Saya tak salahkan ibu bapa kerana saya pun dibesarkan di Kuala Lumpur dan kami tidak ada sekolah agama pada ketika itu.

“Bila bapa saya meni1nggal bayangkan saya tidak boleh mengaji untuk jen4zah arwh bapa saya sebab saya tak tahu mengaji.

“Saya tengok jen4zah bapa saya terbujvr kaku tapi saya tak boleh nak mengaji untuk jenazh arwh bapa saya.

“Yang saya tahu nak baca pada ketika itu hanyalah Al-Fatihah dan tiga Qul, itu sahaja dan saya merasakan betapa h1inanya saya

“Nama saya besar, saya diangkat menjadi hero nombor satu Malaysia, hero Malaya tapi bila bapa m4ti kau tak boleh sedekahkan.

“Dari situ terdetiklah di hati saya… Mak saya selalu pesan apa-apa pun doa. Saya minta pada Allah saya nak mengaji, tolonglah aku Ya Allah.

“Akhirnya Allah temukan saya ketika berumur 45 tahun dengan seorang ustaz, bukan di masjid tapi di lokasi KL G4ngster,” kongsinya.

Selain Rosyam, Zizan Razak juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut.

Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.

Saksikan episod penuh Rosyam dan Zizan menerusi Rumah 107 hari ini, jam 9:00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Nama Saya Besar, Jadi Hero Tapi Bila Bapa M4ti Saya Tak Boleh…”- Rosyam Nor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*