Punca sebenar Vios boleh masuk laluan motosikal terjawab. Anggota penguatkuasa serah diri

 

PEMANDU kereta yang memandu di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan telah tampil menyerah diri kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, seorang lelaki tampil ke balai polis trafik di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

“Kita menyiasat perkara tersebut dengan lebih lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Terdahulu, dilaporkan polis mencari pemandu terbabit selepas memandu di lorong motosikal pada Khamis.

Pemandu tersebut turut memandu berlawan arus sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal terbabas dan melanggar tembok di tepi terowong, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang.

Guna aplikasi navigasi punca masuk laluan motosikal

PENGGUNAAN aplikasi navigasi dikatakan menjadi punca pemandu kereta Toyota Vios memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Sumber berkata, pemandu lelaki berusia 29 tahun itu adalah seorang anggota penguat kuasa.

Menurutnya, anggota itu dipanggil ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur untuk siasatan.

Terdahulu, portal berita Harian Metro melaporkan, Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu terbabit datang ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam kejadian 4 petang Rabu lalu, pekerja bank berusia 29 tahun menunggang motosikal dari arah Petaling Jaya menghala ke Putrajaya terlanggar tembok kiri di bahu jalan akibat mengelak daripada melanggar kereta yang melawan arus.

Video dirakam mangsa sebelum kejadian jelas menunjukkan pemandu kereta melawan arus di laluan motosikal secara tiba-tiba keluar dari terowong dan seterusnya menyebabkan penunggang terbabit hilang kawalan lalu terlanggar tembok sementara pemandu kereta meneruskan perjalanan.

Cara Nak Setting Aplikasi Waze Dengan Betul, Elak Termasuk Jalan ‘Merepek

Rata-rata pengguna jalan raya hari ini menjadikan aplikasi Waze sebagai salah satu aplikasi GPS Navigasi yang cukup digemari. Anda tidak perlu pening sebab aplikasi Waze akan membantu anda mencari lokasi dan tempat yang anda ingin tuju.

Dalam pada ia memudahkan, ada juga beberapa situasi di mana aplikasi Waze akan membawa anda masuk ke jalan yang ‘merepek’ dan tidak selamat. Siapa yang tidak panik kalau tersalah masuk jalan dan kebetulan anda tengah drive sorang!

Jadi bagi mengelakkan anda tersesat, pastikan anda setting aplikasi Waze ini dengan cara yang betul. Cara-caranya telah dikongsikan oleh Aida Joseph menerusi Facebooknya

Waze pun perlu di setting. Takut auto setting bawa anda berjalan-jalan di ladang kelapa sawit, ladang getah, dalam semak, dalam hutan ?

Pernah kena dulu masa kat Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai diangkutnya. Pergi Tasik Chini pun tak teruk macam tu ?

Satu lagi, avoid jalan berbelit yang tidak berapa membantu (kurang 1-5 minit jer) jika kawasan anda banyak. Di Ampang ni banyak jalan shortcut yang amatlah berbelit-belit, so kena kurangkan.

1. Masuk aplikasi Waze & pilih setting

2. Tick pada pilihan yang berkenaan

3. On button elak jalan sungai, jalan berbelit dan sebagainya

4. Akhir sekali, pilih Don’t allow

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: TERENGGANUTV

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Punca sebenar Vios boleh masuk laluan motosikal terjawab. Anggota penguatkuasa serah diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*