“Saya Terus Minta Ampun..” – Fazura

SUNGAI BULOH: Pelakon, Nur Fazura terharu atas kesabaran suami, Fattah Amin melayan kerenahnya sejak hami1l.

Berkongsi kisah yang pernah terjadi, Fazura yang sedang hami1l lapan bulan memberitahu, Fattah sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginannya.

“Pada awal keham1ilan, saya agak cer3wet soal makanan. Pernah suatu hari, Fattah membelikan sandwich dan saya pula tidak menggemari sos atau mayonis.

“Melihat sandwich dibeli mengandungi bahan terbabit, saya terus menang1is.

“Fattah kemudian tenangkan saya. Dia sanggup keluar semula semata-mata mahu membelikan sandwich baharu,” katanya ketika ditemui pada majlis ‘Tea Party With Fazura’ di sini, hari ini.

Pemegang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 ini turut menyifatkan suaminya mudah mengalah.

“Melihat kesabarannya melayan, saya terus minta ampun kerana rasa bersalah dan kasihankan dia.

“Suami turut menangkan saya dalam apa sahaja perkara,” katanya.

Pada majlis itu, Fazura turut melancarkan jenama penjagaan kulit, Fazura Skincare.

Set eksklusif ditawarkan dilengkapi pencuci wajah, skrub, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dreaming of Maldives. 🏝🦋#misstraveling #butwegottastaysafe #cuticutimalaysiasoonperhaps 🤰🏻 @fattahaminz 🥰

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Berita Harian

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Terus Minta Ampun..” – Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*