Pelakon Saharul Ridzwan menyatakan kehidupannya berubah selepas memilih untuk menamatkan zaman bujang.
Menurut Saharul, 31, dia telah terikat dengan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.
“Mat, kau lepas kawin, ada anak, banyak betul kau berubah. Lepak pun jarang, kena gari ke?
“Betul lah tu. Kena gari. Gari dengan tanggungjawab. Takvt bini? Betul jugak tu.
“Takvt bini sendiri tak dapat naik satu kapal yang kita sebagai suami yang menjadi nakhodanya,” tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon drama Selafaz Cinta turut menghargai pengorbanan yang dilakukan golongan suami demi menjaga keluarga.
“Saya percaya ramai suami dan bapa banyak berk0rban demi tanggungjawab pada keluarga tercinta.
“Satu penghargaan dan ucapan terima kasih untuk anda semua. Teruskan semangat juang yang ada untuk kita berikan yang terbaik pada keluarga kita. Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : GEMPAK
Be the first to comment on "Saharul Ridzwan Kena Gari"