“Saya Mengaku Pernah Kenal Dia”- Shuk Sahar

Penyampai radio, pengacara dan pelawak, Shuk Sahar mengakui pernah mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya.

Walaubagaimanapun, penyampai radio Hot FM ini enggan mengungkit lagi kisah terbabit.

“Saya mengaku pernah kenal dia, isteri saya pun tahu. Tapi, benda itu dah selesai pun. Saya sudah berbincang dengan isteri dan saya enggan memberikan komen mengenai perkara yang sudah lepas.

“Saya mahu move on dan fokus kepada kerjaya serta keluarga. Apa yang penting bagi saya adalah isteri ada bersama di sisi. Saya sangat bersyukur,” katanya.

Hujung bulan lalu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakw4an mengenai sikap burvk Shuk yang ditvvduh bermain kayu ti1ga.

D4kwa pengguna yang dikenali sebagai @laudyaTaylor, wanita yang did4kwa menjalinkan hubungan suli1t dengan Shuk dikenali sebagai Fara Salleh.

Tambah Shuk, dia bukanlah orang yang tepat mahu menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.

“Saya sendiri tak dapat bagi komen kerana saya tak kenal pun individu yang mengeluarkan cerita terbabit.

“Saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab semua persoalan. Saya mengakui pernah mengenali wanita yang dikaitkan itu beberapa tahun lalu tetapi semuanya telah pun selesai.

“Hubungan saya dan isteri juga baik-baik sahaja. Sebagai seorang lelaki dan suami, saya tak lari dari melakukan kesal4han. Saya sudah belajar dari pengalaman dan mahu mempertahankan keluarga saya sampai bila-bila,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

AHM X GPH Kami teman anda setiap Isnin hingga Jumaat 6 pagi hingga 10 pagi. Jemput dengar @koolfmmy @hotfm976 #aghaizamuaz #gengpagihot

A post shared by حيزا (@haizahanafi) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih semua ♥️♥️🤜🤛💪 #medianitehotkool #AHMKool #GPH

A post shared by حيزا (@haizahanafi) on

Shuk ditemui di majlis media bersama stesen radio Hot FM dan Kool FM yang diadakan di Red Box, The Gardens baru-baru ini.

Di majlis terbabit, dua stesen radio yang menampilkan penyampai mereka telah meraikan media mengikut SOP dengan beberapa acara seperti karaoke serta cabutan bertuah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Mengaku Pernah Kenal Dia”- Shuk Sahar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*