Wan Maimunah nak jumpa semula ‘per4gut’ ini

PELAKON Wan Maimunah meluahkan hasratnya untuk bertemu kembali dengan Individu yang jadi ‘per4gut’ dan pernah berlakon iklan dengannya, hampir 20 tahun lalu.

Wan Maimunah yang lebih mesra dengan panggilan ‘Ibu’ berkata, walaupun sudah hampir dua dekad, iklan lakonannya itu masih lagi memiliki impak.

“Walaupun sudah hampir 20 tahun, ibu sendiri tak sangka yang orang masih suka dan ingat setiap babak dimuatkan dalam iklan itu.

“Kalau ada peluang, saya teringin sangat nak berjumpa dengan individu yang jadi ‘per4gut’ itu. Mana tahu, kalau dia membaca berita ini, sila hubungi saya” katanya kepada Harian Metro.

Wan berkata, video iklan khidmat masyarakat itu sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada orang ramai mengenai kes r4gut yang tidak pernah selesai sehingga ke hari ini.

“Sesuai dengan situasi sekarang, banyak juga kes-kes r4gut yang kembali berlaku dan ini sedikit sebanyak dapat memberi peringatan buat kita semua,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalamannya berlakon dalam iklan khidmat masyarakat itu, Wan Maimunah berkata dia melakukan sendiri adegan aksi.

“Pihak produksi nak sediakan tilam untuk babak saya terjatuh selepas dir4gut, tapi saya tolak kerana nak bagi nampak realisitik.

“Lelaki yang berlakon sebagai “per4gut’ itu pun bukanlah pelakon. Jadi, ibu yang ajar dia bagaimana untuk menampakkan adegan r4gut itu seakan realistik,” katanya.

Terbaharu, Wan Maimunah tampil membintangi filem TV (FTV) berjudul Frontliner bersama barisan pelakon lain seperti Azhan Rani, Beto Kusyairy dan ramai lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Wan Maimunah nak jumpa semula ‘per4gut’ ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*