Tahan Saklt Demi Bendera Malaysia, Chong Wei Imbau Kenangan Bawa Jalur Gemilang

Menjadi antara salah seorang lagenda sukan yang telah mengharumkan nama negara, bintang Badminton Datuk Lee Chong Wei pasti ada kisah yang ingin diceritakan.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-63 tahun, beliau sempat mencoretkan antara kenangannya menyambut detik bersejarah buat Malaysia.

Di dalam hantaran Facebooknya, beliau kembali mengimbau saat dipertanggungjawabkan membawa bendera khas, Jalur gemilang memasuki stadium ketika temasya olimpik di Rio.

Bagi lagenda Badminton ini, perasaan terharu dan bangga bercampur baur apabila menjulang bendera Malaysia, dimana saat itu beliau membawa jutaan harapan rakyat Malaysia.

Turut terharu membaca kisah bintang Badminton negara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan bangga melihat semangat juang dan patriotik yang ada pada Datuk Lee Chong Wei.

Justeru, kita bertanggungjawab untuk memastikan negara kita terus aman dan harmoni, perbezaan kaum, bangsa dan agama bukan ukuran, selagi kita anak Malaysia, kita adalah satu keluarga.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Datuk Lee Chong Wei via Mstardnqj

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tahan Saklt Demi Bendera Malaysia, Chong Wei Imbau Kenangan Bawa Jalur Gemilang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*