Tular gambar budak tgk TV, sekali Azza Elite cari budak ni

PELAKON dan penyanyi Azza Elite, 42, bermurah hati mahu membelikan televisyen buat kanak-kanak yang fotonya tul4r sedang menumpang menonton televisyen dari luar rumah di sebuah lokasi.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari berkata, dia memohon jasa orang ramai ada maklumat mengenai kanak-kanak lelaki itu untuk tampil membantu merealisasikan usahanya.

“Saya tersentuh, saya pun pernah alami ini suatu ketika dulu. Tolong semua, ada maklumat pasal adik ini, beritahu di sini ya.

“Sedihnya tengok. Saya nak saja kumpul duit pakai duit review Instagram beli TV (televisyen) untuk dia. Tapi tak tahu adik ini kat mana. Masa kecil, saya juga tidak sesenang ini. Saya tahu bagaimana perasaannya. Sedih weh,” katanya.

Azza juga turut mendoakan kanak-kanak itu diberikan kesejahteraan di mana pun dia berada.

Menurutnya, dia berjanji mahu belikan TV buatnya jika mendapat maklumat lokasi kanak-kanak itu.

“Sekiranya adik bersekolah, belajar pandai-pandai okay. Bila dewasa esok, adik beli TV besar. Kesiannya adik ini.

“Saya tak tahu adik kat mana. Kalau tahu, senang sikit. Sekejap saja TV sampai rumah adik. Duit review saya ada sikit. Kalau tak cukup, boleh kumpul dengan kawan-kawan saya untuk belikan,” katanya.

Perkongsian Azza itu sekali gus menarik perhatian ramai selebriti lain untuk turut membantu.

Mereka termasuk Fasha Sandha yang menyatakan kesudian untuk turut menyumbang.

Terdahulu, foto kanak-kanak tumpang menonton TV dari luar sebuah rumah sebelum pintu rumah itu ditutup menjadi tul4r.

Warganet rata-rata bersimpati dengan nasib kanak-kanak terbabit.

Berikut reaksi dari netizan

“P je pusat tahfiz atau rumah ank yatim bgi sumbangan… X perlu la cari bnda yg x ada… Bawa skli wartawan harian metro hemm

“Oh Malaysia ku…ramai lagi yg belum merdeka ekonomi..juak² atasan dari puak memerintah hingga hartawan,jutawan xnampak dan xnak tengok rakyat mcm ni…kita² aje yg sudi.

” Alhamdulillah TERBAIK Sis Azza..

Betul sedih Rasa di Zaman2 hyper teknologi NI Masih Ada insan YG terpaksa menumpang menonton…TV..

Zaman 70an dulu..fenomena biasa.

” Kesian pada anak tu…setakat nak tengok TV boleh jer tuan rumah panggil dia masuk join tengok TV sama2 harta dunia masih boleh di kongsi2 kan…Sharing is caring

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : https://musangviral.com

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tular gambar budak tgk TV, sekali Azza Elite cari budak ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*