Aiman Umum Zahirah MacWilson Hamiil 6 Bulan, Sekali Scha Alyahya Masuk Komen

HAMPIR tujuh bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Zahirah MacWilson pada Selasa mengumumkan kini ham1il enam bulan.

Isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu meluahkan rasa syukur dan teruja untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka.

“Enam bulan membesarkan cinta kecil kita. Mommy and daddy tak sabar nak jumpa kamu,” tulisnya.

Sementara itu, Aiman turut memuat naik foto imbasan bayi dalam kandungan isterinya dan meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat hasil cinta mereka.

Pasangan ini berkahwin pada 20 Februari lalu.

“Sangat teruja untuk bertemu bayi kecil ini, ia separuh saya dan separuh lagi orang yang saya sayangi. Alhamdulillah” tulisnya.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis dan pengikut laman sosial pasangan ini mengucapkan tahniah dan mendoakan proses kehami1lan berjalan lancar.

“Tahniah Ira dan Aiman happy for you both” ujar Amelia Henderson.

“Alhamdulillah, congrats kak!” tulis Eyra Hazali.

Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis di Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu di kediaman keluarga aktres itu di Perth, Australia selepas enam bulan bercinta.

KOMEN SCHA Alyahya

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Aiman Umum Zahirah MacWilson Hamiil 6 Bulan, Sekali Scha Alyahya Masuk Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*