Fazura Luah Kata Sebelum Bersalin

Aktres jelita, Nur Fazura akui masih aktif bekerja meskipun sarat ham1il.

Menurut Fazura, dia mahu menyelesaikan semua kerja sebelum tiba tarikh bersal1in yang dijangka pada Oktober ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

“Alhamdulillah, semuanya Allah permudahkan untuk saya, saya masih aktif bekerja walaupun ketika sarat ham1il.

“Saya mahu selesaikan semua kerja sebelum tibanya waktu bersali1n, nanti lepas bersalin saya kena lalui proses berpantang pula, jadi eloklah saya selesaikan dahulu.

“Saya seronok melalui kehami1lan dan selesa bekerja, kadang-kadang rasa macam nak kerja dan tangguh dulu waktu bersalin,” selorohnya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Fazura Skincare di Lightbox Sungai Buloh baru-baru ini.

Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin ini, keluar bekerja mampu mengelak rasa stress dan membuatkannya gembira.

“Kalau banyak berehat pun boleh jadi penat dan stress, jadi, saya gembira bila bekerja.

“Walaubagaimanapun, saya ada had tertentu, kalau dah rasa penat sangat, sudah tentu saya akan pulang ke rumah dan berehat,” katanya lagi.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@fazuraskincare tea party launch. 🌸✨ make up by @kfbongmakeup hair by @juuu.ko dress by @rizmanruzaini photos by @allisamazing

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Fazura Luah Kata Sebelum Bersalin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*