“Macam drama Thai” – Dip3njara Kerana Nak Kedudukan Sama Dengan Permaisuri, Gundik Dibebaskan Untuk Bersama Raja Thai di Jerman

Suatu ketika dulu, bekas gundik Raja Thailand, Sineenat Wongvajirapakdi pernah menjadi perbualan hangat netizen ramai setelah dilucutkan kesemua gelaran dan anugerah yang dikurniakan kepadanya selepas did@kwa ‘bercita-cita tinggi’ untuk menyamai kedudukan Permaisuri Thailand.

Namun tidak disangka-sangka, baru-baru ini, Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan telah memberi pengampunan kepada bekas peneman dirajanya dan menerbangkan wanita tersebut ke Jerman untuk menyertai barisan gundik diraja di sana. 

Menurut Astro AWANI, sejak penularan wabak COV1D 19, Raja Thailand telah menghabiskan masanya di hotel bertaraf 4 bintang di Jerman dengan pasukan tentera dan ditemani dengan barisan gundik raja tersebut.

Maha Vajiralongkorn yang juga dikenali sebagai Raja Rama X itu juga katanya akan ke Lapangan Terbang Munich bagi menjemput bekas gundiknya itu.

Terdahulu, Sineenat pernah dianugerahkan gelaran peneman diraja yang juga dikenali sebagai Koi Wongvajirapakdi dan dikurniakan pada Hari Keputeraan Raja tersebut yang ke-67 pada Julai tahun lepas.

Ia merupakan gelaran pertama yang dianugerahkan kepada peneman diraja sejak kerabat diraja Thailand itu memimpin negara dan mengahwini isteri keempatnya, Permaisuri Suthida pada 2019.

Mungkin cinta berputik kembali? Siapa tahu… 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lobak Merah

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Macam drama Thai” – Dip3njara Kerana Nak Kedudukan Sama Dengan Permaisuri, Gundik Dibebaskan Untuk Bersama Raja Thai di Jerman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*