The Rock sekeluarga positif Cov1d-19, akui sedang lalui detik sukar

PELAKON Dwayne Johnson memberitahu dia bersama isteri dan dua anak perempuan mereka disahkan positif Covi1d-19 sejak beberapa minggu lalu.

Berita itu dikongsikan Dwayne yang lebih dikenali sebagai The Rock menerusi Instagram mengakui ia detik yang sukar untuk dilalui.

“Baiklah, selamat siang. Di mana sahaja anda berada di seluruh dunia sekarang… saya ingin memberitahu anda maklumat terkini mengenai beberapa perkara yang telah saya lalui selama beberapa minggu terakhir ini.

“Saya dan isteri saya, Lauren, termasuk dua bayi perempuan kami telah disahkan positif COV1D-19. Ini adalah salah satu perkara yang paling mencabar dan sukar yang terpaksa kami lalui sebagai sebuah keluarga dan juga saya secara peribadi,” katanya.

Menerusi kapsyen video tersebut, Dwayne turut menasihati pengikutnya supaya sentiasa berdisiplin dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga demi melawan wab4k yang melanda.

“Sentiasa berdisiplin, tingkatkan sistem pertahanan badan… beri komitmen pada kesihatan, sentiasa pakai pelitup muka dan lindungi keluarga anda.

“Bersikap lebih tegas sebelum menjemput sesiapa datang ke rumah anda dan jaga orang di sekeliling anda,” tulisnya.

Sebelum ini, beberapa selebriti Hollywood termasuk Tom Hanks, Idris Elba dan Madonna turut dijangki1ti vi1rus Cov1d-19.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Stay disciplined. Boost your immune system. Commit to wellness. Wear your mask. Protect your family. Be strict about having people over your house or gatherings. Stay positive. And care for your fellow human beings. Stay healthy, my friends. DJ 🖤 #controlthecontrollables

A post shared by therock (@therock) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "The Rock sekeluarga positif Cov1d-19, akui sedang lalui detik sukar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*