Buka Tudung Selepas Jadi Senator? Ini Jawapan Padu Ras Adiba Radzi

Bekas personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi tampil menjawab dakw4an netizen dia kembali membuka tudung selepas menjadi senator di Dewan Negara.

Jelas Ras, dia sebelum ini memang tidak bertudung dan hanya mengenakan turban atau skaf sahaja untuk menutup kepalanya.

“Saya tidak pakai tudung. Saya cuma kenakan skaf atau turban sahaja. Semoga saudari dilindungi Ilahi selalu dan diberikan pedoman senantiasa,” jawabnya.

Ras sebelum itu ditanya oleh salah seorang pengguna di laman sosial Instagramnya berhubung imejnya terkini yang dilihat sudah tidak menutup bahagian rambutnya.

Jika sebelum ini, akaun Instagram Ras dikemaskini dengan imejnya bertutup kepala dengan kebanyakannya menggunakan gaya lilitan turban.

Pada 2013, Ras mula tampil dengan imej berturban dan menutup sebahagian besar kepalanya ketika membaca berita di saluran televisyen tempatan.

Ras telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohamed Azam Ali pada Mac 2019.

Ras yang merupakan Presiden Orang Kurang Upaya (0KU) Sentral telah mengangkat sump4h sebagai senator Dewan Negara pada 20 Mei 2020 berkuat kuasa selama tempoh tiga tahun.

“Makan Nasi Campur Garam & Minum Air Paip,”- Pernah Alami Detik Sukar Hilang Kerja, Ras Adiba Radzi Mahu Nasib 0KU Terbela

Bekas personaliti televisyen yang kini merangkap sebagai Senator di Dewan Negara, Ras Adiba Radzi meluahkan rasa kecewa selepas mendapati banyak kemudahan awam yang dikhaskan untuk orang kelainan upaya (0KU) digunakan pihak yang tidak berhak.

Menurut laporan Malaysia Kini, Ras Adiba menyifatkan permasalahan tersebut berpunca daripada kurangnya penguatkuasaan daripada pihak berwajib.

“Ketika ini aksesibiliti kemudahan dalam dan luar bangunan serta ruang awam di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tidak memuaskan. Banyak lagi kemudahan awam yang tidak mesra 0KU.

“Bukan itu sahaja, kemudahan kami sering disalahgunakan oleh orang bukan 0KU seperti meletak kenderaan di parkir kami, menjadikan tandas kami sebagai stor simpan dan sebagainya.

“Ia seolah-olah ramai di luar sana tidak sabar menjadi sebahagian daripada kami, tidak sabar nak jadi 0KU.

“Jelas, tidak ada penguatkuasaan adalah punca utama berlakunya perkara seperti ini,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, Ras Adiba turut berharap agar syarikat swasta mempertimbangkan syarat kelayakan untuk memberi ruang buat warga 0KU mendapat tempat didalam sektor pekerjaan.

Malah, dia juga tidak mahu apa yang telah dilaluinya sebelum ini terjadi juga kepada golongan 0KU yang lain.

“Saya sendiri mengalami diskriminasi dan disisihkan selama enam tahun selepas menjadi 0KU.

“Majikan lama saya tidak memberi saya peluang untuk saya kembali berkhidmat. Mungkin kerana saya tidak seperti dahulu – tidak boleh berdiri, tidak boleh bergerak dan mungkin tidak semanis dahulu.

“Sukar saya bukan kepalang. Saya hanya makan nasi bercampur garam dan meminum air paip selama enam tahun,” katanya lagi

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Repost @ybsenatorrasadibaradzi • • • • • • Parlimen Malaysia Semalam ramai yang bingung melihat bagaimana saya boleh berdiri ketika perbahasan Titah Di Raja, sedangkan saya seorang yang menggunakan kerusi roda. Saya seorang pesakit saraf tunjang dan lumpuh separuh badan iaitu di paras Thorasic atau T10. Justeru saya hanya mampu berdiri dengan bantuan kerusi roda berdiri Llyod. Semoga perkongsian ini dapat bantu sahabat OKU saya, yang ingin berdiri walau seketika. Many were puzzled how I managed to stand up during my speech in Parliament yesterday.I use a standing wheelchair to stand upright,as am unable to do so,on my own being a Thorasic 10 Paraplegic.Hope this info helps those who’d like to stand even for a moment.

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK, MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Buka Tudung Selepas Jadi Senator? Ini Jawapan Padu Ras Adiba Radzi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*