Pihak Polis Kenalpasti Dakw4an Asri Janggut Tidak Tepat

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti beberapa fakta tidak tepat yang did4kwa menerusi video ditul4rkan pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut mengenai kegiatan perjvdian dan penjualan rok0k seludvp di Bandar Baru Sungai Buloh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata mengikut siasatan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, tiada laporan yang menunjukkan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh terbabit dalam kegiatan berkenaan.

“Saya sudah teliti laporan itu dan beberapa perkara dibangkitkan dalam video itu kurang tepat.

“Penguatkuasaan kegiatan jvdi oleh IPD Sungai Buloh itu dilakukan dengan giatnya, namun ada beberapa kelem4han dikenal pasti dalam kalangan anggota namun ia bukan kelemahan besar.

“Ketua Polis Daerah Sungai Buloh (Superintendan Shafa’aton Abu Bakar) pun sebagai wanita menjalankan peranan dengan baik,” katanya pada sidang media sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pihak Polis Kenalpasti Dakw4an Asri Janggut Tidak Tepat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*