Siti Sarah Jumpa Wakil Orang Asli. Apa Yang Siti Sarah Cakap Buat Ramai Terkeejut

Penyanyi popular Siti Sarah mengambil keputusan bertemu wakil masyarakat Orang Asli untuk memohon maaf secara terbuka berhubung isu melibatkan dirinya dengan suku k4um tersebut baru-baru ini.

Sarah ketika ditemui Gempak berkata, dia bersyukur kerana komuniti tersebut sudi menerima permintaannya untuk bertemu.

“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf sekali lagi kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia yang tergur1is dengan kata-kata saya.

“Saya bersyukur apabila kedatangan saya dialu-alukan dan disambut baik. Tak tergambar perasaan ini apabila mereke menerima permohonan maaf saya dengan hati terbuka.

“Tak tenang hati ini selagi tidak bersemuka dan memohon maaf. Apatah lagi keluarga saya sendiri sangat rapat dengan masyarakat Orang Asli.

“Tidak terlintas langsung di hati ini untuk menghi1na kerana saya sendiri memiliki adik angkat dari suku kaum ini, yang bernama Rainbow.

“Atuk dan nenek saya juga sangat rapat dengan mereka ini, jadi untuk apa saya menghi1na? Saya kes4l gara-gara terlepas kata, ramai pihak tergur1is,” katanya sebak.

Ditanya mengapa mendiamkan diri daripada Instagram, Sarah menafikan dakw4an sesetengah pihak bahawa dia cuba melarikan diri.

“Selama ini saya cukup-cukup menjaga kandungan media sosial saya. Saya berdiam bukan kerana mahu bersikap lempar batu sembunyi tangan, sebaliknya tidak mahu isu diperbesarkan.

“Saya mengakui insi1den ini banyak mengajar saya dalam menjaga kata-kata, berhati-hati memilih kawan dan dengan siapa saya bercakap,” ujarnya.

Siti Sarah berkata demikian ketika ditemui di Batu 12 Gombak pada malam semalam (Selasa).

Dalam pada itu, Sarah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan nasihat dan kata-kata positif buat dirinya.

“Saya ada menerima pesanan peribadi daripada seorang Tok Batin yang menasihati saya supaya memohon maaf secara terbuka (menerusi video) termasuk beberapa yang lain.

“Terima kasih kerana menegur saya. Saya harap permohonan maaf sekali ini dapat mengekalkan hubungan baik sesama kita seperti sebelum ini,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

saya siti sarah dengan rendah hati, menyusun 10 jari memohon maaf kepada masyarakat Malaysia terutama kepada 18 suku kaum orang asli…atas kekhilafan diri saya yg menguris hati masyarakat orang asli. sesunguhnya tidak lintas dan terniat untuk saya melukakan hati orang asli. sebagai manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan..sarah juga sama.. sarah kesal dan menyesal atas apa yang berlaku. Dan apa yg terjadi ini akan menjadi satu pengajaran bukan sahaja untuk sarah tapi juga kepada masyarakat diluar sana. Sekali lagi…saya memohon maaf secara terbuka kepada semua masyarakat komuniti orang asli atas apa yg terjadi.. maafkan sarah…

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Siti Sarah Jumpa Wakil Orang Asli. Apa Yang Siti Sarah Cakap Buat Ramai Terkeejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*