Ustaz Kazim Masuk W4d Lagi Selepas Mengadu Penat

SEBAIK pulang dari Bukit Jalil, pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin.

Susulan itu, beliau dibawa ke sebuah hospital swasta di Ipoh sebelum dimasukkan ke wad petang Rabu untuk raw4tan susulan.

Sinar Harian melaporkan, sumber memaklumkan Mohd Kazim dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengadu penat selepas pulang menghadiri sebuah program televisyen di Bukit Jalil.

Menurut sumber berkenaan, Pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah itu kini masih diraw4t di w4d hospital berkenaan.

“Selepas tiba di rumah dari Bukit Jalil, Datuk (Mohd Kazim) mengadu tak lar4t dan terus dibawa ke hospital.

“Setakat ini, saya belum terima sebarang perkembangan lanjut mengenai keadaan Datuk selepas dimasukkan ke hospital semalam,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, berita mengenai keadaan terkini Mohd Kazim dimuat naik menerusi satu hantaran di dalam Facebook Dato’ Mohd Kazim Elias hari ini.

“Semoga Dato’ Ustaz Mohd Kazim diberikan kesembuhan. Beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital petang semalam sebaik sahaja sampai dari Bukit Jalil selepas mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin lepas,” jelas hantaran Facebook tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ustaz Kazim Masuk W4d Lagi Selepas Mengadu Penat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*