“Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Tapi…” – Mira Filzah

Selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati Wan Emir Astar minggu lalu, Mira Filzah berkata dia merupakan anak yang paling rapat dengan ibunya dan mengakui ibunya agar ‘berat’ untuk melepaskannya untuk berkahwin.

Menurut Mira dalam tiga orang adik-beradik dialah yang paling rapat dengan ibu dan ayah serta satu-satunya anak yang enggan memasuki sekolah asrama seperti kakak dan adiknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Irreplaceable people and moments 🤍 [look at Umar 🥺] The Wedding Reception of Mira & Emir #emiramirah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

“Ada satu cerita, Adik Mira, mak bagi lepas kahwin dulu. Dia cakap Mira last lah, bagi Aina lepas dulu. Angah last okay, angah kerja dulu. Itu pesanan dia, kadang-kadang Mira rasa macam, “Hmmm…tak nak lepas lagi lah tu.

“Boleh kata Mira paling rapat berbanding tiga adik-beradik lain. Macam kakak dan adik Mira, selepas darjah 6 mereka dah masuk boarding school. Mira ni jenis tak nak masuk boarding school nak duduk dekat rumah je.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The ‘baju kurung’ Solemnization Ceremony of Mira & Emir Dress : @rizmanruzainicouture Hijab : @galeriariani Makeup : @ynasakinah #emiramirah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

“Jadi Mira paling lama bersam mak dan abah di rumah. Hampir setiap masa jugalah muka ini mereka hadap. Kalau nak bebel ke marah ke, muka inihlah juga sebab adik beradik lain jauh,” katanya.

Bagaimanapun, Mira berkata dia akan menjaga dan sanggup melakukan apa sahaja untuk ibunya yang melahirkan dan membesarkannya meskipun selepas berkahwin. Ujarnya, sudah menjadi tanggungjawab anak untuk menjaga ibu bapa.

“Walaupun syurga di bawah tapak kaki suami lepas kahwin, tapi ibu tetap kita kena jaga kena sayang. Ibu kita sendiri itu masih tanggungjawab kita. Kita sebagai anak perempuan lagilah patut rasa lebih dekat dengan ibu,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Rotikaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Tapi…” – Mira Filzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*