Dalam musim C0v1d, semua orang dapat merasakan sekatan ke atas apa sahaja yang kita ingin lakukan, baik ketika keluar untuk bekerja di lapangan, membeli belah, atau bersukan.
Selain perlu mematuhi SOP, sukar bagi kita mencari masa yang sesuai untuk pergi bercuti, terutamanya bagi mereka yang ingin meredakan tekanan agar dapat terus menempuhi tahun 2020 yang penuh cabaran ini.
Percutian juga adalah penting dalam kehidupan pelajar bukan sahaja kerana ia memberikan mereka peluang untuk rehatkan minda tetapi ia juga memberikan mereka peluang untuk mengulang kaji pelajaran atau menyiapkan kerja kursus yang diberikan bersama ahli kumpulan.
Namun percutian sekumpulan pelajar ini bertukar menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila ada yang mengadu tentang mereka.
Melalui perkongsian seorang pengguna Twitter, sekumpulan pelajar lelaki telah pergi bercuti bersama-sama ke Pulau Perhentian dan mendiami bilik hotel yang sama.
Apa yang menariknya bilik mereka kemudian diketuk oleh beberapa pegawai pencegah maks1at gara-gara ada yang mengadu terdengar suara perempuan dari dalam bilik pelajar-pelajar itu.
Namun ternyata tiada perempuan di dalam bilik pelajar-pelajar itu, sebaliknya hanya rakan mereka yang bersuara tinggi menyerupai perempuan.
Ketika pegawai pencegah maksi1at itu menyoal mereka, pelajar-pelajar itu berdekah dengan situasi tersebut kerana tidak menyangka ada yang akan tersilap dengar suara rakan mereka seperti suara wanita.
Jom layan kisah-kisah di bawah ini pula.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : HCL
Be the first to comment on "[ VIDEO] Pencegah Makslat Ketuk Bilik Gara2 Suara Member Macam Perempuan"