Sedihnya! Memey Suhaiza Umum Individu Kesayangan Meningg4l Dunia

Pelakon Memey Suhaiza berkongsi khabar duka pagi ini dengan berita kem4tian doktor kesayangannya, Dr. Zarina Bibi yang banyak berjasa kepadanya.

Menurut Memey, doktor tersebutlah merupakan individu yang menyambut kelahiran kesemua anaknya setiap kali bersali1n.

“Assalammualaikum. Saya mulakan update pagi ni dengan berita ni. Doktor kesayangan saya dah meningg4l.

“Semua anak saya arw4h Dr. Zarina yang sambut, yang jaga setiap condition (keadaan) sepanjang saya mengandvng,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, isteri kepada pelakon Norman Hakim itu turut memuat naik gambar kenangan dirinya bersama arwh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un ‎(إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” . . Assalammualaikum… sy mulakan update pagi ni dgn berita ni… Doktor kesayangan saya dah meninggal.. Semua anak sy Arwah Dr Zarina yg sambut, Yg jaga setiap condition sepanjang sy pregnant.. suami sanggup follow hospital mana pun yg Dr Zarina bertugas… Sbb dah rasa selesa dijaga kita mcm anak😭 Mengenalinya seorang yg sgt baik, sentiasa lemah lembut, tenang selalu… Apa pun masalah dlm labour room Dr Zarina sentiasa tenang… buat kita rasa sentiasa selesa ,tak risau… Allah lebih sayangkan Arwah.. Salam takziah buat keluarga Doktor🙏🏻 Semoga roh ditempatkan dikalangan orang beriman…❤️ Ramai juga yg kenal dgn Dr Zarina Bibi kan…? Sama2 kita sedekah kan doa utk arwah ye…Al-fatihah🤲🏻

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Bahkan, katanya, sekalipun doktor tersebut berpindah lokasi bertugas, dia tetap akan pergi mendapatkan khidmat di hospital berkenaan.

“Suami sanggup ikut hospital mana pun yang Dr Zarina bertugas sebab dah rasa selesa dijaga kita macam anak.

“Mengenalinya seorang yang sangat baik, sentiasa lemah lembut, tenang selalu. Apapun masalah dalam bilik bersalin, Dr Zarina sentiasa tenang, buat kita rasa sentiasa selesa, tak risau,” katanya yang turut melayangkan salam takziah kepada keluarga arwh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Result dr check up tadi.. Dengar tak apa Dr.Zarina cakap? Hehe.. Doakan jelah yg terbaik😍 Mana2 pun ok..Sy akn update dr semasa ke semasa inshaAllah ❤️ . . #normey3rdjr #noburungsee

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengakui terkejut dengan berita pemergian doktor tersebut.

Bahkan, ramai juga yang berkongsi pengalaman ketika menggunakan khidmat doktor yang sama ketika bersalin.

“Alfatihah. Dr Zarina jugalah yang sambut kelahiran anak kedua saya, menjaga saya seperti seorang anak sepanjang kehamilan.

“Doktor ni juga jaga dari mengandung hingga bersalin dua anak saya. Sesungguhnya kami menjadi saksi atas kebajikan beliau pada manusia-manusia lain.

“Lima orang anak saya disambut arwah Dr. Zarina,” komen sebahagian pengikutnya.

Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 32, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada September 2011.

Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, berusia dua tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sedihnya! Memey Suhaiza Umum Individu Kesayangan Meningg4l Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*