Liyana Jasmay Mengalami Penlng Kepala Dan Menglgil Gara2 Hal Ini

PELAKON Liyana Jasmay berkongsi cara dia menurunkan berat badan dalam masa 23 hari tanpa mengambil sebarang makanan tambahan atau produk kurus.

Menurut Liyana, 32, dia hanya amalkan diet seimbang tanpa mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula.

Pelakon filem Papadom ini mengakui biarpun pada mulanya mengalami peni1ng kepala dan meng1gil namun dia terus berusaha mencapai target sehingga 49 kilogram.

Liyana berjaya turunkan hampir 4 kilogram dalam masa 23 hari.

“Selepas 23 hari diet, tiada karbohidrat dan gula! Sasaran saya adalah 49 kilogram. Saya sangat gembira sebab lagi 0.03 kilogram saja sasaran nak sampai!

“Daripada 53 kilogram sehingga kini! Saya tidak mengambil sebarang pi1l atau makanan tambahan. Saya hanya buang semua karbohidrat dan gula. Permulaan yang suk4r, hari kelima saya gigil dan pening tapi teruskan juga,” katanya.

Liyana menerusi laman Instagram berkongsi tip kurus dan memberitahu berat badannya kini 49.03 kilogram.

 

Tolong lakukan secara semula jadi sebab ia selamat dan untuk kebaikan badan kita

LIYANA JASMAY

PELAKON

Rata-rata netizen di ruang komen tersebut mengucapkan tahniah dan meminta aktres itu berkongsi aturan pemakanan yang diamalkan sepanjang tempoh diet.

Dalam pada itu, Liyana memberitahu perkongsian itu bertujuan untuk memberi semangat kepada semua wanita yang ingin menurunkan berat badan tanpa pengambilan makanan sampingan atau pi1l kurus.

Tegas Liyana, seseorang itu perlu kuat dari segi mental dan turut menasihati agar tidak menggunakan jalan pintas untuk kurus kerana boleh membah4yakan diri.

Liyana mahu beri semangat kepada wanita di luar sana yang ingin turunkan berat badan.

“Kenapa saya kongsi ini? Untuk beri semangat kepada semua wanita di luar sana, percayalah bahawa tiada makanan tambahan atau pi1l atau apa air mampu buat awak kurus.

“Dan ya, tiada jalan singkat, jalan pintas bah4ya. Kita hanya perlu ada kemahuan dan jiwa yang kuat. Dalam keadaan macam mana pun, apa saja awak nak capai dalam hidup, kena kuat dan teruskan.

“Tolong lakukan secara semula jadi sebab ia selamat dan untuk kebaikan badan kita,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Liyana Jasmay Mengalami Penlng Kepala Dan Menglgil Gara2 Hal Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*