“Tak Payahlah Bercer4i…” Puteri Sarah Buka Mulut Cerita Hal Sebenar

Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah terus mengunci mulut mengenai desas desus mengatakan rumah tangga dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof sedang bermasalah.

Ia susulan timbul dakw4an Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada Jumaat lalu.

Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, buat dia dalam keadaan baik bersama dua anak.

Terima kasih kerana ramai yang ambil berat dan menitipkan kata-kata semangat. Apa boleh dikatakan, saya okay bersama anak-anak. Saya bahagia bersama mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya tujuan sebenar hadir ke pejabat agama, Puteri Sarah memohon doa yang terbaik.

Doakan saja yang baik-baik. Saya berharap semua doakan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.

Harian Metro, semalam, melaporkan Syamsul enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang ‘personal’ dan harapnya dapatlah menghormati

“‘No comment’, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

kata2 netizen

Dah nak menjanda ke puleks

Kalau yg ni pun belum tentu ada offer 20 jota untuk jadi minik no 2..

Kalau betul suami sheols ada skandal mmg hati kering la..ank2 comey mcm tu blh ditinggalkn2..aku lak yg ralat.

Masing2 bagi statement macam masih sayang. Masing2 macam nk pertahankan lagi rumah tangga.

Kalau boleh diselamatkan, tak payahlah bercer4i.

PELAKON Puteri Sarah Liyana yang kini kembali berlakon selepas enam tahun meninggalkan bidang itu mengakui, suaminya yang juga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof meletakkan syarat tertentu sebelum memberi izin.

Sarah bagaimanapun tidak menganggap itu sebagai bebanan kerana dia juga tahu status dan batasnya sebagai isteri.

“Saya dah kembali berlakon sejak Oktober tahun lalu. Setiap kali terima tawaran, saya akan tapis terlebih dahulu mengikut kesesuaian dan meminta pendapat suami.

“Dia meletakkan beberapa syarat kepada saya antaranya, tidak boleh ada babak bersentuhan dengan pelakon lelaki dan supaya saya sentiasa menjaga batasan sebagai isteri,” katanya kepada Harian Metro.

Sarah ketika ditemui di majlis pelancaran produk terbarunya, Shara Skincare berkata, suami tidak pernah menghalangnya berlakon.

“Dia tak pernah halang pun. Saya sendiri yang pilih untuk berhenti seketika memandangkan sudah berumah tangga dan ada anak.

“Saya sendiri pun sebelum ini ketika menjalani penggambaran telefilem Wasiat Untuk Halina pada tahun lalu, sentiasa berulang alik dari set penggambaran di Tanjung Karang ke rumah kerana tak mahu tinggalkan anak lama-lama.

“Ketika saya berada di set, suami saya kerap kali menghubungi bertanya sama ada saya dah makan atau belum dan jam berapa saya akan bertolak pulang,” katanya.

Terbaru, Sarah akan menjalani penggambaran untuk telefilem dan penggambarannya akan berlangsung di Taman Negara Pahang selama lima hari.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Harian Metro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tak Payahlah Bercer4i…” Puteri Sarah Buka Mulut Cerita Hal Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*