Yana Samsudin H4mil 8 Bulan, Bakal Timang Anak Ke-2

Pelakon Yana Samsudin bakal menyambut kelahiran bayi keduanya tidak lama lagi selepas disahkan hami1l lapan bulan.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga pelakon Fadzil Zahari dalam satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Nak maklumkan pada kawan-kawan dan saudara semua yang isteri abang dah mengandung lapan bulan selepas tiga tahun menunggu dan usaha.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Hanya Allah yang dapat balas jasa kalian semua,” katanya.

Katanya, Yana dijangka melahirkan anak kedua mereka pada bulan depan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah… sempena hari Jumaat yang mulia ni abang nak share & ucapkan happy birthday to my lovely wife @yanasamsudin terima kasih terima i seadanya 🤓 sama2 berkongsi hidup kurang lebih dah 5tahun.. + 3tahun sebelum kahwin dah 8tahun berkenalan…😊 Alhamdulillah sekali lagi, nak maklumkan pada kawan2 dan sedara semua yang isteri abang dah pregnant 8bulan setelah lebih 3tahun menunggu dan usaha, terima kasih pada semua yang doakan… hanya Allah SWT yang dapat balas jasa hangpa semua…🤲🏻 @aisymateen tak cemburu pun, adik nak keluar bulan depan 😚

A post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on

Di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang bakal menerima kehadiran orang baharu tidak lama lagi.

“Wah, tahniah! Tak perasan pun Yana mengandung, pandai sorok,” komen @one.neey

“Tahniah Mateen nak dapat adik dah,” komen @umierosmawati.

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah memberi bayangan mahu menambah anak lagi sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Yana Samsudin H4mil 8 Bulan, Bakal Timang Anak Ke-2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*