Saat ham1l, Tuhan kirimkan rasa pelik padaku. Aku sangka aku yg bakal dijemput. Rupanya itu tanda sblm dia dijemput

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Aku Ain, 31 tahun anak ada sorang. Aku kenal dengan suami aku, Ahmad masa sama sama belajar di UA di KL. Pada awalnya kami hanya kawan baik.

Tapi disebabkan baiknya dia lah aku terjatuh cinta tanpa sengaja. Aku cerita tentang Ahmad pada mak ayah. Mak ayah pun berkenan dengan Ahmad.

Aku dan Ahmad lalui susah payah bersama sama dari awal hingga akhir. Sampailah jodoh kami datang. Alhamdulillah masa habis belajar bisnes Ahmad menjadi. Jadi kami bebas dari loan. Majlis pun bukanlah grand sangat. Tapi cukuplah kami bahagia.

Selepas kahwin kami diuji. Bisnes Ahmad turun naik. Seolah olah apa yang dia buat tak menjadi. Pada awal sesuatu bisnez tu, memang berjaya tapi di pertengahan mesti akan ada halangan.

Aku pula tak bekerja sebab Ahmad kata takpe kalau aku tak kerja selepas kahwin. Tapi Ahmad memang seorang yang sangat berusaha mencari rezki. Lepas satu satu bisnez dia cuba.

Kami juga diuji dengan belum kehadiran cahaya mata. Tapi kami fikir Allah akan bagi pada masa yang terbaik. Mungkin kami belum bersedia fizikal dan mental untuk ada anak.

Selepas beberapa kali bisnez tak berjaya hingga ke puncak, aku pernah terfikir macam ada yang buatkan rezeki kami sangkut. Kami pernah juga cuba perub4tan Islam tapi Alhamdulillah takde apa2 yang tak kena.

Ahmad tak suka bekerja makan gaji. Sebab itu dia cuba juga bermacam jenis bisnes. Tapi aku berfikir sampai bila nak macam ni. Aku ajak Ahmad tukar angin. Aku ajak berhijrah ke negeri lain.

Ahmad ok, memang dia akan menurut segala kata aku. Aku berhijrah ke negeri kelahiran ku. Senang kalau kalau ada sesuatu yang terjadi.

Bermulalah episod Ahmad mencari kerja. Alhamdulillah ada saudara rekomen kerja. Interview kali pertama, kiv. Agaknya nak jadi rezeki kami, bos panggil interview kali kedua. Walaupun kalau ikutkan kelulusan Ahmad, tak layak jawatan tu, dengan takde pengalaman. Tapi kalau dah rezeki, mana pernah salah alamat kan.

Kami menyewa rumah, dan bulan pertama Ahmad bekerja, bulan tu jugak aku hami1l. Alhamdulillah rezeki. Mungkin itulah masa terbaik buat kami. Ahmad dapat kerja tetap, Allah bagi zuriat pada kami. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Ahmad sangat baik. Dari awal kenal aku bagitahu aku tak reti siang ikan dan ayam. Jadi setiap kali beli lauk, Ahmad yang akan siang dan cuci. Tugas aku cuma memasak.

Kadang baju pun dia yang basuh bila mood malas aku datang. Bilik air memang tugas Ahmad untuk cuci. Ahmad tak pernah mar4h aku dari awal kenal. Dia akan menuruti kemahuan aku kalau dia mampu. Dia sangat manjakan aku. Dan aku tahu dia amat mencintai aku.

Ok. Sambung part keje pulak. Saja nak bagitahu serba sedikit kebaikan Ahmad. Hehe.

Ok selepas hampir 7 bulan Ahmad bekerja, dah tiba masanya Ahmad dijemput Illahi. Setakat itu perjanjiannya dengan Allah. Setakat itu jodoh kami di dunia. Dan memang dah ditakdirkan Ahmad tak sempat bertentang mata dengan anaknya. Segalanya dah ditulis sejak Allah tiupkan nyawa Ahmad ketika dalam rah1m ibunya lagi.

Sebelum ‘pem3rgian’ Ahmad

“Abang, kalau sayang dah takde, abang jangan kahwin lain ye? ” aku memecah sunyi.

“Yeee, Sayang tu kot…” Jawab Ahmad

“Haa laa, Kubvr abang merah lagi sayang dah kahwin lain. Hehe”. Aku berseloroh.

Dia buat muka cemburu dia.

“Orang perempuan tak macam lelaki. Senang ganti tempat di hati”. Aku cuba memujuk. Dia senyum je. Kembali diam. Tekun memandu.

Seminggu sebelum kejadian itulah yang aku rasa. Seakan aj4lku makin menghampiri. Apatah lagi ketika itu aku sedang berbadan dua. Banyak kemungkinan boleh berlaku.

“Abang, sayang takvtlah. Rasa macam aj4l makin dekat. Mungkin perasaan sayang je kot kan. Moga Allah panjangkan usia abang, sayang dan anak anak. Aminn”. Tulis ku melalui WhatsApp. Whatsapp sent 1.16 am, 6.00 am. bluetick.

5 hari sebelum kejadian, aku maklumkan pada dia apa yang aku rasa. Hanya melalui pesanan ringkas. Dia sudah tidur ketika itu. Aku tengok dia tidur. Kepenatan. Letih bekerja. Dengar dengkuran halusnya.

“Jangan ambil nyawaku lagi ya Allah, Sungguh aku belum bersedia”.

“I Love You Sayang. Sayang minta maaf belum jadi yang sempurna untuk abang. Sayang harap abang terima baik burvk sayang macam mana sayang terima abang”.

Lagi sekali hati tak tenang. Pesanan ringkas aku kirim lagi tika dia bekerja, sehari sebelum kejadian. Dia hanya balas,

“Love U Too” bersama emoji love.

Pagi kejadian, macam biasa, bangun tidur, dia kejut aku waktu subuh. Bergurau macam biasa. Manis senyumannya pagi itu. Dia bekerja hari tersebut walau cuti umum. Aku salam dia. Pipi dia aku civm macam biasa.

“Sejuknya pipi”. Getus hatiku. Dia ci1um dahi aku. Lama. Dia kuncikan pintu, kuncikan pagar rumah. Aku panjatkan doa semoga Allah permudahkan segala urusan dan lindungi dia dari sebarang musibah. Dia lambai aku. Yang terakhir kalinya.

Tengahari, Telefon berbunyi. Sepupuku, kakcik. Aku jawab dengan seronok. Tapi yang aku dengar buat aku h11ilang pedoman.

“Pak ngah dia eksi1den. Hang siap nah, Sat gi abang cik pi ambik. Siap nah”.

Aku dah terjeri1t.

“Tervk ke kakcik? ”. Kakcik tahu aku macam mana. Tu kakcik malas habaq.

“Hang siap nah”. Itu je jawapan kakcik.

Aku tak puas hati. Telefonku berdering tanpa henti. Kakak ipar aku telefon tanya pasal dia. Aku tak tahu keadaan dia. Aku hanya mampu menangis.

Aku hubungi ayahku, maklumkan tentang kejadian. Ayah aku kata dah tau. Ayah aku kat Pahang boleh tahu keadaan di tempat aku? Tak puas hati, aku hubungi telefon dia. Makteh jawab,

“Ain sabaq. Ain siap nah. Mai sini.”

“Tervk ke makteh?”. Makteh senyap. Lagi sekali aku tegas bertanya tervk ke.

“Ain mai nah. Mak pun nak mai kan”.

Mak aku dari Pahang nak balik kedah? Untuk apa? Aku dah makin pelik.

“Makteh habaq la tervk ka dak?”

“Haa. Tervk”. Balas Makteh ringkas.

Ya Allah. Lindungi dia. Aku pakai je baju apa pun. Aku hubungi sepupuku supaya cepat sikit sampai. Mak saudara aku sampai bersama abang cik.

Dalam perjalanan ke hospital, tak henti aku menangis. Kakak aku juga maklumkan akan datang ke kedah. Apa yang berlaku ni. Eksiden apa sampai semua nak balik ni. Aku mohon abang cik lajukan pemanduan.

“Abang, kuat abang”. doaku.

Sampai di hospital, kakcik laju mendapatkan aku. Dia peluk aku bawak ke zon merah. Ramainya orang beruniform macam dia. Aku nampak bos dia. Bos dia buat isyarat supaya tenang. Mana boleh tenang selagi aku tak tahu apa yang jadi. Kakcik ketuk bilik raw4tan, doktor buka pintu, aku masuk.

Aku nampak kaki dia. Dia terbaring di atas katil. Aku dah jerit. Aku peluk doktor. Aku tanya doktor, doktor diam. Doktor cuma minta tandatangan aku untuk mer4wat dia. Aku nak tengok dia, doktor kata nanti. Doktor nak jahit dulu.

“Suami saya ok kan doktor?”

“Dia ok puan, cuma…Krit1kal.”

Doktor minta aku keluar dahulu. Rakan sekerja dia datang berikan handphone dan wallet dia. Allah. Apa jadi ni. Kawan kawan dia ceritakan apa yang jadi. Eks1den motor dengan motor waktu nak keluar makan.

Sangkaku tak teruk. Orang yang langgar siap nak larikan diri lagi. Mestilah tak tervk. Ya, jasadnya memang elok. Tapi doktor maklumkan berlaku pendr4han di kepala.

Allahu. Aku keluar masuk bilik zon merah. Dia dah kaku. Sepenuhnya bergantung pada bantuan mesin. Sehinggalah doktor maklumkan dia dah tak dapat diselamatkan. 27 jam dia bert4rung nyawa.

Tak henti aku mengharapkan keajaiban dari Allah. Tapi apalah daya bilamana aku perlu berebut dia dengan Allah. Sudah pasti Allah lebih berhak. Apa yang berlaku sepanjang di zon merah, aku pernah kongsi di Facebook aku. Mungkin ada dari kalian yang pernah membacanya.

Sebelum dia disemadikan, aku sempat tidur peluk dia buat kali terakhir. Aku baring sebelah dia, pelvk dia yang kaku dan sejuk. Dengan pervt yang sarat berisi Umar.

Walaupun cuma 3 jam. Cukuplah, Ada juga kesempatan terakhir untuk aku. Aku civm dia yang terakhir kalinya. Sejuk. Wangi. Sama macam pagi terakhir aku civm dia waktu dia masih bernyawa. Bezanya sekarang aku civm dia tanpa dia balas civman aku.

Ujian tuhan

Allah kirim rasa pelik padaku. Aku sangka aku yang bakal dijemput. Rupanya itu hint untuk aku. Suamiku yang pergi dahulu.

Selepas ketiadaannya baru aku faham semua yang berlaku pada aku. Jadi sekarang aku faham. Kenapa Alah uji kami dengan bisnes yang tak jadi. Mungkin Allah nak uji sejauh mana kesabaran kami. Sekuat mana kesetiaan kami.

Ahmad meninggal kerana kemalangan ketika bekerja. Dan disebabkan itu aku dan anak dapat pencen dari perkeso. Bayangkan kalau bisnes Ahmad menjadi, dan Ahmad meninggal. Yang ada hanya simpanan.

Sedangkan yang aku dapat sekarang pencen seumur hidup dan anak sampai umur 21 tahun. Aku tak payah kerja pun takpe.

Basic gaji Ahmad tak banyak mana. Tapi Ahmad sangat rajin buat kerja lebih masa. Sebab apa? Excited nak sambut baby la kan. Sebenarnya Allah yang gerakkan Ahmad untuk rajin bekerja. Sebab Ahmad akan tinggalkan rezeki buat isteri dan anaknya.

Kerana pencen yang kami terima dinilai 90% dari gaji keseluruhan Ahmad. Memang la tak banyak mana bagi orang lain tapi bagi aku sangat sangat cukup. Ye la. Tak bekerja dapat duit kan. Rezeki la tu. Nafkah dari barzakh.

Mungkin juga Ahmad kerja dari pagi hingga malam sebab Allah nak aku belajar erti rindu. Masa Ahmad hanya tidur sahaja di rumah. Selebihnya bekerja. Allah nak bagi aku rasa hidup tanpa Ahmad. Sebab sekarang aku betul betul dah kehilangan Ahmad. Kehilangan yang takkan dapat semula.

Dan hikmahnya Ahmad bekerja di negeri kelahiran ku, segala urusan ketika Ahmad keml4ngan, dipermudahkan. Kerana di sana ramai saudara mara ku. Jadi aku tak keseorangan sementara nak tunggu keluarga kami sampai.

Kalaulah jadi di tempat yang asing dengan tiada kenalan, Allahu. Tak dapat aku bayangkan.

Allah sebaik perancang. Allah baik kan? Dia uji aku tapi Dia juga bagi kekuatan pada aku.

Kalau Ahmad masih ada, mesti aku tak sekuat sekarang. Sebab Ahmad terlalu manjakan aku. Ahmad sangat baik pada semua. Mungkin Ahmad penat nak jaga hati banyak orang, Allah bagi Ahmad berehat awal.

Jadi sesiapa yang diuji dengan kesusahan, teruskan bersangka baik dengan Allah. Banyakkan bersabar. Ingat, Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita. Yakinlah disebalik ujian itu, ada hikmah yang tersembunyi.

Hidup ini penuh dengan ujian. Kaya ujian, miskin ujian, sihat ujian, sakit ujian dll. Jangan tengok orang yang lebih dari kita, tapi tengoklah org yang kurang dari kita. Bersyukur dengan setiap apa kita perolehi. Ujian itu tanda sayangnya Allah pada hambaNya.

22 Januari 2019. Genap setahun pem3rgiannya. Segalanya masih segar dalam ingatan. Tiada apa aku lupa walaupun satu. Umar pun dah 10 bulan. Ramai kata umar seiras aruw4h abahnya. Tak pernah aku lupakan dia walau sesaat. Takkan ada penggantinya. Kerana dia teristimewa dihatiku. Al-Fatihah suamiku Ahmad Sayuti.

Ok lah. Setakat ni sahaja. Terima kasih yang baca sampai habis. Maafkan salah silap aku kalau ada yang annoying dengan confession aku. Aku cuma share serba sedikit apa yang aku lalui.

Salam sayang..

Sumber – Ain (bakal jen4zah) via IIUMC

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://edisimaya.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Saat ham1l, Tuhan kirimkan rasa pelik padaku. Aku sangka aku yg bakal dijemput. Rupanya itu tanda sblm dia dijemput"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*