Pengantin lelaki ketawa berdekah tengok ‘nasib’ rakan bawa hantaran Ini jawab dulang boy selepas samping terlucut

GEMURUH pengantin menjadi pasangan Raja Sehari pastinya tidak boleh dis4ngkal.

Namun, seorang pengantin lelaki melalui pengalaman yang tidak disangka-sangka menjelang detik akad nikah untuk bergelar seorang suami.

Menerusi video yang tular di media sosial, salah seorang daripada pembawa dulang hantaran atau dulang boy di sebelah pihak pengantin lelaki terlucvt kain sampingnya hanya beberapa langkah sebelum memasuki pintu pagar kediaman pengantin perempuan.

Nervous nak bernikah terus hilang bila ada moment lawak dari dulang boy,” tulis pengantin lelaki menerusi satu ciapan di akaun Twitternya, @naffyboy.

Kumpulan dulang boys berpec4h dua sebelum kejadian samping terlvcut. Sumber Twitter naffyboy

Pengantin lelaki berkenaan, Ahmad Ahnaf Ahmad Yusri berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam kereta yang dilalui lima rakannya yang merupakan dulang boy pada majlis akad nikahnya di kediaman pengantin perempuan di Johor Bahru, Johor pada petang Jumaat.

Pemuda berusia 28 tahun itu pada mulanya kehairanan apabila kumpulan dulang boy tersebut berpecah sedangkan mereka perlu berarak bersama-sama ke rumah pengantin perempuan.

“Saya masa tu duduk seorang diri di tempat duduk belakang, tunggu isyarat untuk saya masuk ke dalam rumah pengantin bagi akad nikah.

“Masa tu tingkap kereta terbuka dan saya nampak dulang boys ni berjalan. Tapi tiga yang jalan dulu, dua lagi di belakang. Kenapa ada gap (jarak)?” katanya kepada mStar.

Ahmad Ahnaf hilang gementar ketika majlis akad nikah susulan insiden lucu yang berlaku sebelum majlis. Foto instagram tuturlensaweddings

Ahmad Ahnaf yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu menyedari salah seorang dulang boy, Keren Tamil Selvam secara tiba-tiba berhenti sebelum sampingnya terlucut.

“Saya tengok depan mata saya sendiri. Dalam kereta seorang diri tu saya berdekah-dekah ketawa. Boleh nampak dulang boy berhenti untuk pakai semula sampingnya.

“Masa tu memang nervous sebab nak bernikah kan. Tapi tengok aksi lucu Keren tu membuatkan perasaan gementar saya terus hilang. Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya bergelar suami orang,” katanya yang merupakan jurutera.

Pasangan pengantin, pengapit bersama dulang boys. Foto instagram tuturlensaweddings

Sementara itu, Keren yang berusia 28 tahun memberitahu dia dapat menduga sampingnya akan terlucvt sebaik menerima dulang hantaran daripada salah seorang ahli keluarga pengantin lelaki.

Keren yang mengenali pengantin lelaki sejak zaman tadika di Kelana Jaya memberitahu, hantaran berisi beg tangan dan wangian yang dibawanya diletakkan di atas dulang secara terbuka.

 

Dah banyak kali jadi dulang boy, tapi inilah pertama kali insiden samping saya terlucut.

KEREN TAMIL SELVAM

“Jadi, saya lebih fokus pada pegang dulang tu elok-elok sebab beg tangan dan perfume lebih mudah terjatuh kalau saya tak seimbang. Nak tak nak, kenalah jalan perlahan.

“Tapi dah dekat sampai pintu pagar rumah pengantin perempuan, samping saya terlucut. Saya berhenti sekejap dan serahkan dulang tu kat adik pengantin lelaki dan saya pakai semula samping sendiri,” ujar pemuda berbangsa India itu.

Ahmad Ahnaf (kiri) sah bergelar suami dengan sekali lafaz. Foto instagram tuturlensaweddings

Menurut Keren yang bertugas sebagai perunding di sebuah syarikat di Kuala Lumpur, ini bukanlah kali pertama dia menjadi dulang boy pada majlis perkahwinan.

“Sebelum ini dah banyak kali jadi dulang boy, tapi inilah pertama kali insiden samping saya terlucvt. Tak serik pun, sekurang-kurangnya meriah juga suasana.

“Biarlah samping saya yang terlucut daripada barang-barang hantaran yang terjatuh dari dulang. Nasib baik dulang hantaran yang saya bawa selamat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pengantin lelaki ketawa berdekah tengok ‘nasib’ rakan bawa hantaran Ini jawab dulang boy selepas samping terlucut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*