Kongsi Foto ‘Couple’ & Tarikh 14 Oktober, Natasha Hudson Bakal Berkahwin Kali Kelima?

Pelakon Natasha Hudson memberi bayangan seolah bakal menamatkan zaman solo selepas bercer4i kali keempat pada tahun lalu.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Natasha, 38, seakan menggambarkan akan ada momen indah yang lebih baik bakal berlaku.

“Apa yang akan datang lebih baik daripada yang ada di sini sekarang. Hargai apa yang anda miliki, jadi seorang yang jujur, setia, penyayang dan ia akan kekal. 

“Jadilah orang yang baik. Semua kecantikan terletak di dalam diri anda,” tulisnya.

Lebih mengukuhkan lagi, pemilik nama Natasha Liana Hudson berkongsi satu tarikh iaitu pada 14 Oktober 2020. 

Entri tersebut turut memuat naik separuh foto pasangan lelaki dan perempuan yang menampakkan sebentuk cincin.

Hasil pemerhatian Gempak, rata-rata pengikut IG sudah mula menitipkan ucapan tahniah dan juga mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

@mcfarul: Tahniah babe! Lelaki itu seorang yang bertuah.

@hajarmohamadali: Tahniah awak.

@eanlee__: Tahniah Tasha dan pasangan!

@ummuaiynul: Semoga dipermudahkan semuanya.

“@faisalmary: Tahniah. Semoga kekal sampai Jannah..Amin,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Sementara itu, Gempak sudah menghubungi Natasha namun, nombor telefon yang dihubungi sudah tidak digunakan lagi.

Gempak juga sudah menghubungi Natasha melalui DM, namun masih menanti jawaban dan pencerahan daripadanya.

Sebelum ini, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.

Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Pada Oktober 2018 , Natasha mengakui telah bercer4i dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012 buat kali ketiga.

Sekali lagi jodoh tidak panjang, menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah bercer4i dengan Noor Nashriq Sekarnor pada tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

 

 

 

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kongsi Foto ‘Couple’ & Tarikh 14 Oktober, Natasha Hudson Bakal Berkahwin Kali Kelima?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*