Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memberi peringatan kepada segelintir pihak yang suka bertanyakan soal anak kepada pasangan yang belum mempunyai zuri1at supaya menjadi lebih sensiti1f dan peka.
Menurut Bella, 26, seeloknya hanya mendoakan kerana khuatir topik itu mungkin telah menggur1is hati tanpa disedari.
“Orang luar pun kalau jumpa saudara atau kawan-kawan yang belum punya zuriat tak perlu lah tanya berulang kali t4kut ada hati yang tergur1is kerana kita tak tahu perju4ngan mereka macam mana.
“Doakan dalam diam adalah lebih baik. Dan hargailah kepunyaan yang kita ada terlebih dahulu.
“Sentiasa bersyukur, selebihnya serahkan kepada-Nya.
“He knows best. Masa akan tiba. Trust him,” tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya pada Khamis lalu.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini mendoakan agar pasangan yang sedang menanti zuri1at tidak berada dalam keadaan tertekan.
“Saya doakan untuk semua pasangan yang sedang berusaha dan sedang menantikan zur1at dikurniakan zur1at yang sihat dan walafiat dan comel-comel tak lama lagi. Insya-Allah.
“Jangan str3ss. Jangan terlalu fikir sangat. Jalani hidup ini dengan ikhlas dan reda.
“Jangan putus harapan, percaya dengan perancangan Allah swt,” tulisnya lagi.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Mohamed Ayden Adrean, 3 dan Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Takvt Ada Hati Yang Tergvris …” – Bella Astillah"