Terjawab Punca Sebenar Kenapa Mcau Sc4m Guna Artis Terkenal. Lepas Cuci, Tinggal RM80 Juta Pun Memadai

Sejak minggu lalu heboh tentang isu selebriti dijadikan kambing hitam oleh sind1ket Mcau Sc4m untuk cuci wang hram mereka.

Kemudian timbul alasan tidak tahu sumber daripada mana wang itu diperoleh yang menjadi perdebatan ramai. Adakah ia boleh diterima atau sekadar wayang?

Berikut adalah wawancara Timbalan Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia Dr. Rozaidi Razali bersama wartawan Harian Metro, Nor ‘Asyikin Mat Hayin bagi mengupas isu ini.

Bawa duit berjuta-juta, takkan kita tidak cur1iga daripada mana dia dapat wang?

Sudah tentu ia akan menimbulkan rasa curi1ga. Saya juga pasti berasa perkara yang sama (cur1iga) daripada mana wang itu diperoleh.

Tapi mungkin des4kan hidup menyebabkan individu mengambil in1isiatif untuk berniaga demi menambah pendapatan.

Dalam masa sama, mungkin mereka sukar membuat pinjaman di institusi kewangan seterusnya ambil jalan mudah terima bantuan pinjaman kewangan daripada pihak luar.

Penerima pinjaman bukan tiada wang, tetapi menganggap pemberi pinjaman ini sebagai ‘pelabur’ walaupun tidak mengetahui sumber sebenar wang itu.

Bagi saya, sind1ket Mcau Sc4m yang berleluasa di Malaysia didal4ngi pihak luar menggunakan orang tengah sebagai ‘keldai wang’.

Menggunakan ‘keldai wang’, penjnayah boleh menjadikan mngsa sebagai pengantara untuk memindahkan wang hram.

Dengan cara ini, identiti penjnayah disembunyikan daripada mngsa pen1ipuan dan pihak berkuasa.

Sukar untuk menjejak penjnayah kerana mereka tidak menggunakan akaun dengan nama sendiri.

Dalang sind1ket pula mengeluarkan wang ini untuk proses cuci wang dengan menjalankan pelbagai perniagaan bagi mengaburi pihak berkuasa.

Adakah pihak tertentu termasuk selebriti sanggup jadi kambing hitam dengan menjadi tukang cuci wang semata-mata mahu cepat kaya?

Ramai mahu kaya, tetapi perlu menerusi cara yang betul tanpa mel4nggar undang-undang.

Sind1ket Mcau Sc4m mungkin memilih selebriti, lebih-lebih lagi dalam kalangan yang memiliki bilangan pengikut ramai dalam media sosial kerana ia sangat membantu meningkatkan potensi perniagaan.

Ini berdasarkan analisis yang saya lakukan mengikut perkembangan situasi semasa.

Pada pandangan saya, segelintir pihak termasuk selebriti mungkin berhasrat mahu berniaga, tetapi tidak mempunyai modal mencukupi.

Keadaan ini membuka ruang kepada ahli sind1ket untuk memani1pulasi hasrat mereka dengan menyunt1ik modal bagi memulakan perniagaan.

Pada saya, mereka mungkin melihat situasi ini sebagai situasi menang-menang dan bukan soal kambing hitam kerana tiada siapa yang mahu dijadikan sebagai kambing hitam.

Bagaimana sistem cuci wang ini berfungsi?

Secara umumnya, cuci wang bermaksud membersih atau menyembunyikan sumber wang sebenar yang tidak halal dengan cara memperlihatkan wang ini seperti berasal daripada sumber yang sah.

Pada hakikatnya, perniagaan ini dilakukan secara tidak sah dan salah di sisi undang- undang dan saya berpendapat kegiatan ini langsung tidak bermoral.

Proses pengubahan wang hram dibahagikan kepada tiga peringkat.

Pertama ialah placement apabila sind1ket akan mencari ruang untuk memasukkan wang ini ke dalam sistem ekonomi secara menyamar.

Pada peringkat ini, sekiranya ahli sind1ket tidak bijak, mereka akan mempamerkan jumlah harta dan wang tunai dimiliki kepada umum.

Ini akan membawa ker4guan kepada pihak berkuasa. Seperti membabitkan video yang tul4r di media sosial.

Peringkat kedua iaitu layering, wang hram itu sudah memasuki ‘pintu’ ekonomi secara sah.

Di sini mereka akan memasuki dunia perniagaan yang dijalankan oleh rakan kongsi atau pihak yang menjalankan perniagaan terbabit.

Ini juga dikenali sebagai structuring. Ia peringkat paling kompleks dan biasanya membabitkan pergerakan wang antarabangsa.

Sind1ket akan menggunakan pelbagai akaun bank dan melantik golongan tertentu seperti selebriti dan peguam bagi menguruskan ‘perniagaan’ mereka menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti yayasan.

Sind1ket tidak risau jika sedikit rugi dalam perniagaan memandangkan ia bersumberkan wang hram.

Selepas ‘cuci’ tinggal RM80 juta pun sudah memadai

Contoh, dapat RM100 juta, selepas ‘cuci’ tinggal RM80 juta, ia sudah memadai.

Di peringkat akhir iaitu integration apabila wang sudah masuk ke dalam sistem kewangan yang sah. Mereka gunakan wang ini untuk membeli aset seperti hartanah dan kenderaan mewah.

Cara ini untuk menarik lebih ramai pengikut yang ingin menjadi kaya seperti mereka dan memiliki perniagaan seumpamanya.

Ini adalah konsep pemasaran yang betul, tetapi sebenarnya meng4buri pengikut mereka.

Idea pengubahan wang hram boleh dikatakan ketara apabila sind1ket akan mencari peluang urus niaga yang mempunyai tahap tunai tinggi.

Antara pelaburan perniagaan sind1ket ini ialah restoran, kas1no, pusat pencucian pakaian dan resort.

Kita boleh lihat, ada perniagaan yang mampu bertahan walaupun tiada sambutan. Kita tak dapat pastikan status perniagaan ini selagi pihak berkuasa tidak menjalankan siasatan.

Duit yang dicuci ke dalam sistem kewangan ini dikira berjaya apabila pencuci tadi dapat melakukan ia seolah-olah pendapatan yang sah.

Pada peringkat ini, sukar untuk membezakan yang mana kekayaan sah atau sebaliknya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Hram (AML) dan Pusat Jnayah Kewangan Nasional (NFCC) pasti ada kepakaran untuk menumpaskan sind1ket seumpama ini.

Di Malaysia, ia pasti ada kaitan dengan penjnayah. Bagaimana pula kaitannya dengan segelintir individu dalam kalangan pihak berkuasa?

Ia berlaku apabila segelintir individu dalam kalangan pihak berkuasa tidak berintegriti dan menyalahgunakan kuasa melindungi sind1ket bagi mendapatkan habuan.

Integriti adalah satu perkara yang amat penting dan perlu diberi perhatian dalam semua sektor malah kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah tidak boleh dikompromi.

Bagaimana mahu mengenal pasti kriteria pemberi modal ini ‘sah’ atau ‘tidak sah’?

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuat semakan sama ada syarikat atau individu yang ingin memberi modal mempunyai latar belakang kewangan yang tidak mencurigakan.

Pastikan syarikat atau individu itu memiliki lesen Akuan Syarikat Peminjam atau latar belakang kewangan yang kukuh.

Semua maklumat ini boleh diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM).

KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM), hari ini.

Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah Raissuddin sekadar menemani suaminya.

“Buat masa ini, Shuib dan Sarah tidak akan memberikan kenyataan rasmi berikutan tidak mahu mengganggu si1asatan SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara.

“Namun, apa yang dapat dipastikan, Shuib memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk membantu s1iasatan. Hanya setakat itu penjelasan yang dapat diberikan,” katanya.

Nana berkata, pihak pengurusan juga sedang menunggu perkembangan selanjutnya daripada SPRM.

BH Online melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu si1asatan berhubung kes pengubahan wang har4m.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi tadi.

Sumber berkata, hingga jam 7.30 malam ini, suami artis terbabit yang juga usahawan dan penghibur, masih berada dalam si1asatan.

Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Si1asatan Pengubahan Wang Har4m (AMLA) SPRM

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 36, menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi meluahkan rasa syukur apabila proses tersebut berjalan lancar.

“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri.  Saya dipanggil untuk membantu s1iasatan SPRM berkenaan AMLA.

“Terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam si1asatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelawak yang juga seorang usahawan itu menganggap apa yang berlaku sebagai satu dugaan buatnya dalam bidang perniagaan.

“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes.  Doakan perniagaan #BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pada semua orang.

“U pray for the Rain, u have to deal with the mud also,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://limauais.pw/, Sinar plus, Berita Harian

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Terjawab Punca Sebenar Kenapa Mcau Sc4m Guna Artis Terkenal. Lepas Cuci, Tinggal RM80 Juta Pun Memadai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*