Baru Je Neelofa Kngsi Gambar Berpurdah, Sekali Shuib Sepahtu Komen

PERKONGSIAN foto terbaharu selebriti terkenal iaitu Neelofa yang memakai niqab atau purdah di laman Instagram miliknya pada Khamis menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen ingin kepastian mengenai penampilan terbaharu Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, itu sekadar sementara atau kekal sebagai imej baharu wanita muslimah.

Enggan membiarkan netizen membuat spekulasi sendiri, usahawan terkenal ini tampil mengesahkan dia kini dalam proses memperbaiki diri menjadi lebih baik.

 

Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi.

NEELOFA

SELEBRITI

Pengacara program temu bual Next To Neelofa ini juga berharap semua orang dapat mendoakan perjalanan baharunya agar sentiasa dilindungi Allah.

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi. Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” kata Neelofa.

Foto Neelofa mengenakan niqab kini mendapat lebih 200,000 tanda suka (likes) dalam beberapa jam dan hampir 6,000 ribu komen.

Ibu Neelofa gembira dengan penghijrahan anaknya.

Dalam pada itu, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa syukur dengan penghijrahan anaknya.

“MashaAllah… mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untukku ucapkan syukur dengan kurniaMu mengamanatkanku bidadari yang terindah untukku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia… amin. Love you bidadariku,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Calling everyone to tell them about my new set of jewellery @swarovski #Swarovski #SparkDelight

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

SHUIB KOMEN :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Mstar, Instagram Neelofa

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Je Neelofa Kngsi Gambar Berpurdah, Sekali Shuib Sepahtu Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*