Alyah mohon maaf, buat pengumuman yg buat ramai sebak

TERKENAL dengan lagu-lagu berunsur cinta, penyanyi Datin Alyah pada Isnin meluahkan rasa menyesal kerana memberi pengaruh itu kepada peminat-peminatnya.

Alyah, 39, berkata, lagu-lagu yang pernah dinyanyikan sebelum ini hanya membuatkan pendengar menitiskan air mata kerana manusia tapi bukan kepada Allah.

“20 tahun saya berjalan sebagai seorang penyanyi, saya menyanyi lagu cinta, lagu sengs4ra, lagu sedih, lagu cur4ng, lagu kec3wa. Kebanyakan lagu-lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia.

“Di bulan Ramadan yang mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang saya bawa selama ini. Nyanyian saya menitiskan air mata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia bukan kerana kasih pada Allah SWT, para Rasul, mahupun para ilmuan agama,” kongsi Alyah.

Alyah membuat permohonan maaf kepada peminat menerusi sebuah entri di laman Instagram.

Dalam pada itu, Alyah membuat keputusan untuk berhenti merakamkan lagu-lagu berkaitan kisah cinta dan memohon maaf atas kekhilafannya selama mengejar populariti sebagai seorang penyanyi.

“Bersalahnya saya pada kamu dan berd0sanya saya pada kamu. Saya mohon ampun atas kekh1lafan saya selama ini dalam mengejar populariti.

“Sayalah yang berd0sa, saya juga amat na1f dan sayalah yang bersalah. Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa-apa lagu cinta terhadap manusia, lagu buat kekasih yang akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada yang Maha Pencipta.

“Mohon maaf atas keputusan ini.,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

20 tahun saya berjalan sebagai seorng penyanyi,Saya menyanyi lagu cinta,lagu sengsara,lagu sedih,lagu curang,lagu kecewa kebanyakan lagu lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia…. Dibulan ramadhan yg mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yg saya bawa selama ini.Nyanyian saya menitiskan airmata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia Bukan kerana kasih kerana Allah swt Bukan kerana para Rasul Bukan kerana para ilmuan agama Bersalahnya saya pada kamu dan berdosanya saya pada kamu.Saya mohon ampun atas kekilafan saya selama ini dlm mengejar popularity… Saya la yg berdosa saya juga amat naif dan saya lah yg bersalah.. Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa apa lagu cinta terhadap manusia lagu buat kekasih.yg akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada maha pencipta… Mohon maaf atas keputusan ini… Selamat berpuasa semua… Lagu terbaik yg pernah saya tulis bersama @omarkrk & @ikhwanfatanna juga hasil usaha kakak saya Datuk @ayuputeh lagu yg saya lakarkan dari hati ketika saya masih mencari jawapan dlm kehidupan saya…perjalanan saya masih jauh semoga Allah swt sentiasa bersama kita semua dan memberi redhonya… Sejauh mana kita mencari jawpan demi bahagia sebenarnya ia ada pada diri kita sendiri hanya 1 kepercayaan.Allah swt itu ada dan dia maha baik dan penyayang pada setiap hambanya….Hakikat jiwaku

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Alyah mohon maaf, buat pengumuman yg buat ramai sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*