Kamal Adli, Uqasha Kant0i pergi kursus kahwin, Sekali Sharifah Shahora Perasan Benda Ni

Kuala Lumpur: Pasangan pelakon yang dig0sip bercinta, Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan, baru-baru ini.

Pengarah dan pelakon, Michael Ang dalam empat video yang dimuat naik di Instagram, hari ini bertanyakan soalan itu kepada mereka ketika di lokasi penggambaran drama Perempuan Tanpa D0sa.

Dalam video berkenaan, Michael men4akwa dia ada mendengar Kamal dan Uqasha mengikuti kursus perkahwinan sama ada di Kuantan atau Perlis dan meminta mereka mengakuinya.

“Janganlah sembunyi kalau pergi kursus kahwin. Dekat mana Perlis? Kuantan? Siap dengan imam semua aku dengar,” katanya dalam video itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua! 🔥 KAMAL ADLI N UQASHA SENROSE PERGI KURSUS KAHWIN KAT KUANTAN! Kau org rasa ni gimmick Atau KISAH BENAR! Kau org rasa mana satu? Yg pasti u all semua kenal I kan! Jarang I buat gimmick2 mcm ni! @uqashasenrose2 @kamaladli Yg penting malam@ni 10pm Jgn lupa tgk #perempuantanpadosa kat Astro Ria n RiaHD luv u all n stay safe

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Bagaimanapun, Kamal dan Uqasha yang duduk bersebelahan di atas sofa dalam video itu tidak memberikan reaksi.

Sebaliknya Uqasha hanya tersenyum sambil memandang Kamal, manakala Kamal pula hanya memandang Michael tanpa sebarang reaksi sambil bermain telefon.

Menurut Michael, dia jarang mahu membuat gimik seperti itu di media sosial miliknya.

“Anda rasa ini gimik atau kisah benar. Anda rasa mana satu? Apa yang pasti anda kenal saya kan? Jarang saya buat gimik macam ini,” tulisnya.

Video itu menerima pelbagai maklum balas pengikut sehingga meraih lebih 100 komen dan lebih 11,000 tanda suka.

Perkongsian Michael itu turut mendapat perhatian beberapa selebriti tanah air seperti Sharifah Shahora dan Uyaina Arshad.

“Nampak sangat Uqasha gadis yang pemalu sangat di situ,” komen Sharifah.

Uyaina pula hanya meninggalkan komen Alhamdulillah berserta emoji doa dan teruja.

Sementara itu, Kamal ketika dihubungi menafikan dakw4an Michael itu.

Katanya, video yang dimuat naik Michael itu hanya sekadar gur4uan semata-mata.

“Jangan percaya. Dia hanya bergur4u saja,” katanya.

Kamal dan Uqasha dikatakan mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu.

Hubungan itu terserlah apabila Kamal pernah memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen tertera bowling atau dating?’ bersama foto mereka, beberapa bulan lalu.

Selain itu, Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga. Pada majlis sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28 lalu, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Harian Metro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kamal Adli, Uqasha Kant0i pergi kursus kahwin, Sekali Sharifah Shahora Perasan Benda Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*