Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu dia tidak ada menerima sebarang panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM) bagi memberi kenyataan dalam membantu s1asatan berhubung k3s penggubahan wang har4m Mac4u Sc4m dalam kalangan selebriti.
Begitupun, menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, dia meng4kui pernah menghubungi sendiri SP-RM untuk memberikan keterangan sebelum ini.
“Belum ada sebarang panggilan saya dapat setakat ini daripada SPRM. Namun, saya sudah bersedia untuk memberikan kerjasama penuh jika dipanggil.
“Saya mengaku pernah menghubungi SP-RM bagi memberi keterangan sebaik isu terbabit menjadi bualan. Apapun, butiran maklum balas SPRM adalah sulit untuk saya kongsikan,” katanya seperti yang dilaporkan portal Harian Metro.
Pada masa sama, katanya, dia tidak perlu berasa gus4r dan t4kut kerana tahu dirinya tidak bers4lah.
Tegasnya, dia juga tidak pernah terlibat dalam s1ndiket berkenaan.
“Kegiatan har4m terakhir yang pernah saya lakukan adalah kuda longkang. Itu pun masa saya masih di zaman persekolahan.
“Itu pun kalah sebab saya memang tiada bakat dalam perjudian. Saya cuma ada bakat dalam memikat hati dinda (perempuan) sahaja,” selorohnya.
Dalam pada itu, kata Sharnaaz dia turut menzahirkan rasa syukur dengan perniagaan tidak terjejas biarpun jenama diusahakannya itu terpalit dengan isv penggubahan wang har4m baru-baru ini.
“Syukur, perniagaan saya masih berjalan seperti biasa. Namun, agak terjejas sedik1t daripada segi jenamanya sajalah,” katanya.
Sementara itu, Gempak yang cuba menghubungi Sharnaaz menerusi aplikasi Whatsapp, bagaimanapun belum menerima sebarang respons.
Terdahulu, media melaporkan dua artis terkenal yang terlibat dalam bidang lakonan dan pengacaraan bakal dipanggil SPRM untuk membantu s1asatan k3s terbabit.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Mengaku Pernah Hubungi SPRM, Sharnaaz Dedah Kegiatan H4ram Terakhir Yg Pernah Dilakukan"